Khamis, Mei 28, 2009
UMNO Halalkan Apa Yang Haram
Rakyat mampu menobatkan prinsip Islam seperti keadilan, keprihatinan terhadap rakyat dan kerajaan wibawa di negara ini hanya jika momentum sokongan kepada Pakatan Rakyat berterusan, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan itu berkata Umno-Barisan Nasional menghalalkan yang haram, kerana ia tidak pernah berniat untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam pentadbiran negara.
" Mereka buat masjid bukan untuk sembahyang, tetapi berebut nak jadi kontraktor. Sembahyang tak sembahyang dia tidak peduli asalkan duit masuk dah. Ini menyentuh soal prinsip dan prinsip ini bukan untuk dibincangkan. Maka, saya menyeru semua untuk mengundi calon PKR, Dr Mansor Othman, seorang yang berkebolehan dan berpengetahuan, dan insyaAllah kita selamat." kata Nik Aziz.
Datuk Nik Aziz menjelaskan Umno tidak lagi mewakili aspirasi lama yang pernah ia dokong satu masa dahulu, sebaliknya kini ia menindas parti-parti lawan asalkan ia boleh terus memerintah.
Tambah beliau lagi, PAS bersama Pakatan Rakyat sudah lebih daripada bersedia untuk menggantikan Umno-BN dan merayu sokongan berterusan dari rakyat.
"Bila mari 1951, Pas ditubuhkan, dan sejak itu Umno sudah mula menggunakan ISA untuk tangkap orang sewenangnya. Dulu kita tertiarap, kini kita sudah bangun dan mampu mendokong orang lain. Kita harus faham bahawa dunia ini tidak kekal, kalau kita pakat faham perkara ini kita akan keluar mengundi nanti." ujar beliau.
"Umno tidak mahu kita keluar mengundi, tetapi kita harus mengambil peluang pilihanraya ini untuk mencari pahala dan tolak pemerintahan sekarang ini." tambahnya lagi.
Datuk Nik Aziz berkata demikian ketika berucap di Kampung Guar Jering, Guar Perabu, Penanti, dihadapan kira- kira 5 ribu orang.
TVA
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tuan,
BalasPadamIni warkah untuk Kak Min dengan harapan agar beliau tidak lagi setaraf Madey @ UMNO @ Kitul
Sila layari dan sebarkan :
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/politik-juga-kerja-dakwah.html