Selasa, Mei 05, 2009

umno: Melayu tanpa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu



Soalan

Bolehkah orang Melayu terus hidup(survive) tanpa naungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PKMB)?

Jawapan


Tidak boleh! Semua orang tahu PKMB sahajalah yang mampu memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu. Hanya PKMB satu-satunya warisan politik orang Melayu dan titis awalnya bermula dari istana. Hanya pemimpin PKMB sahajalah yang ikhlas dan bersungguh-sungguh memperjuangkan kepentingan dan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, tulisan jawi, biasiswa, baju batik, teh tarik, roti canai dan semuanya yang berkaitan dengan orang Melayu.
Jangan sekali-kali difitnah pemimpin Melayu, jangan derhaka kepada raja Melayu, jangan lawan polis Melayu, jangan itu dan ini. Pendek kata tiada cacat dan celanya PKMB itu.
Itulah jawapan yang dikehendaki dan diberikan markah 100 peratus untuk satu sidang temuduga biasiswa yang pernah saya hadiri. Masa itu saya masih mentah dan gedung akal ini masih cetek maklumat – lebih dua puluh tahun yang lalu.
Bagaimana pun saya tidaklah jawab sebegitu walau pun tahu itu jawapannya. Natijahnya saya gagal mendapat biasiswa tersebut. Ini dimaklumkan sendiri oleh ‘orang dalam’ yang berkata kepada saya ‘itu soalan politik, kau kenalah jawab cara politik!”
Memang panel penemuduga semuanya ahli politik melainkan setiausahanya sahaja pegawai tinggi kerajaan(tidak dibenarkan berpolitik secara terang-terangan). Berhadapan dengan gerombolan sebegitu pilihan kita ialah tunjukkan kenaifan dan kebebalan sama ada yang ‘real’ atau lakonan atau gunakan kesempatan untuk sampaikan mesej bahawa merekalah sebenarnya yang bebal. Bagaimana caranya fikir sendirilah! Kau dah besar panjang.
Berbalik kepada soal PKMB tadi, jawapan yang teramat bebal dan naïf adalah seperti di atas manakala bagi yang akalnya sihat jawapan tersebut adalah sampah semata-mata. Semuanya tidak berguna termasuk PKMB itu sendiri. Orang Melayu tidak akan mati beragan, jadi hina dan merempat biar tanpa sekelumit bantuan pun dari PKMB. Semuanya itu khurafat dan mitos. Semuanya itu gabungan akal jahat neo-fuedal dan imperialis untuk mendekatkan Melayu kepada PKMB. Semuanya adalah bumbu dan kata-kata indah yang tidak bermakna. PKMB dan syarikat-syarikat yang datang dari Eropah lebih 500 tahun dahulu adalah sama sahaja. Mereka adalah tetamu yang masuk ke rumah kita lalu diterajang kita keluar. Selanjutnya mereka jadikan kita sebagai tetamu di rumah sendiri dan menggertak serta membuli kita.
Pemikiran seumpama itu pasti tidak ada dalam kotak akal lebih 2 juta ahli PKMB dan jika cuba didedahkan akan dianggap dusta. PKMB semuanya baik tanpa cacat cela. PKMB umpama bahtera Nuh bagi orang Melayu. Hilang PKMB hilanglah Melayu! Pemalsuan pemikiran inilah yang saya sedari lebih 20 tahun lalu dan kini sudah benar-benar saya fahami. Cumanya satu soalan lagi ialah PKMB itu apa? Tidak pernah jumpa pun dalam kamus siasah Melayu.
Memanglah tidak akan ketemui akronim itu sebab PKMB lebih kagum dan bangga untuk menggunakan bahasa tetamu yang menerajang mereka keluar dari rumah sendiri 500 tahun dahulu. Kini mereka cuba jadi seperti tetamu itu sendiri. Sebab itulah ilmu hisab hari ini tidak diajar dalam bahasa PKMB kerana PKMB itu sah jiwanya kerdil bagi yang mampu meneropong lorong makrifatnya. Teruslah geledah sarang akalmu untuk memahami semuanya itu. Teruslah selamat di bawah naungan PKMB jika itu yang kau mahu. Pedulikan apa kata akal kerna ikut akan kau akan menyesal (barangkali itu ada dalam kamus PKMB-entahlah!)


gedungakal.blogspot.com


BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...