Rabu, Mei 06, 2009

umno pas: Adun Pakatan Rakyat terima surat larangan bawa pemerhati

Sidang Dun Perak : Adun Pakatan Rakyat terima surat larangan bawa pemerhati

Anna Yusof

IPOH, 5 Mei (SK) : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat satu kejutan publisiti murahan dengan mengeluarkan arahan kepada wakil-wakil rakyat Pakata Rakyat dengan melarang membawa penyokong masing-masing “bagi mengelakkan sebarang kerumitan”.

Dalam satu kenyataan dipetik : “Untuk mengelakkan sebarang kerumitan, Yang Berhormat Datuk, tuan-puan TIDAK DIBENARKAN membawa pemerhati. Segala kerjasama amat dihargai, terima kasih,” arahan pejabat Datuk Abdul Rahman Hashim.

Dalam kad undangan kepada Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, turut disertakan aturcara majlis istiadat pembukaan rasmi penggal kedua persidangan Dun oleh Sultan Perak, Khamis ini.

Beliau menerima undangan tersebut melalui khidmat Poslaju pada 11.15 pagi ini, katanya.

Dalam kenyataannya, wakil rakyat DAP itu mempertikaikan arahan tersebut yang disifatkannya “tidak telus dan autokratik.”

Ong juga berkata arahan itu satu percubaan menghalang orang ramai melihat sendiri perjalanan sidang tersebut.

Polis semalam melarang orang ramai berhimpun dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan bangunan Dun, setelah penyokong Pakatan Rakyat ingin tampil menyaksikan peristiwa penting itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan pilihan mereka.

Semantara itu Setiausaha Dap Perak Ngeh Khoo Ham menyakab\n bahawa Dr Zambry Kadir akan membawa beberapa orang yang tidak dikenali untuk memasuki dewan pada hari sidang Dun berkenaan.

“Saya difahamkan antara 20 - 30 orang yang tidak pasti dari mana ada apa tujuan mereka yang dijemput untuk berada bersama-sama dalam menyuarat itu kelak,” jelas Ngeh pada Suara Keadilan petang tadi.

“Pihak Pakatan Rakyat mahu penjelasan dari Zambry jika ini benar,” tambah Ngeh.

Menyentuh soal amaran berkenaan, beliau berkata ada beberapa Adun Paktan Rakyat yang mernerima amaran tersebut walaupun beliau tidak menerimanya.

“Laporan polis akan menyusul berhubung kes berkanaan,” kata Ngeh lagi.

suarakeadilan

BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...