Ahad, Mei 24, 2009

UMNO PAS: BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MANIK URAI ?




Aku agak ramai juga sekarang ini yang bercita cita untuk menjadi calon bagi pilihanraya kecil dun manik urai nanti.

Untuk makluman tiada calon tempatan yang paling berkaliber, berpengetahuan, berpelajaran setakat yang aku tahu, ini adalah reality, jangan ada yang menyanggah pendapat aku ini, tunggu komen komen aku mengenai calon calon nanti.

Kepada pimpinan jangan mudah mendengar pelobi pelobi yang berkepentingan jangka pendek, aku tahu ramai pelobi seperti itu di PAS kawasan kuala krai ini, politik PAS kawasan kuala krai adalah berasaskan politik anak beranak saja.


Dun manik urai calon nya mestilah datang dari penduduk tempatan, jangan sesekali dari luar, calon dari luar aku harap lupakan saja hasrat itu, pada pimpinan mesti menerima hakikat ini.


Namun begitu, calon tempatan yang berjasa dan pernah berjasa kepada rakyat tempatan dan rapat hubungannya masyarakat dan dikenali atau glamour tetap ada walau pun tidak berpelajaran tinggi, itu tidak menjadi masaalah kepada penyokong PAS disini kerana mereka ada pengalaman ini, calon mesti glamour dikalangan musuh dan kawan, selain dari factor pelajaran atau ilmu kita ada calon glamour yang mudah didekati dan bertukar tukar pendapat.

Latar belakang pengundi disini datangnya dari seluruh pelusuk Kelantan, jadi berbagai bagai kerenah, perangai dan latar belakang orang disini, sedikit sahaja penduduk asal, pehijrahan penduduk berlaku apabila tanah tanah baru diteroka dan dibangunkan.


Kesilapan meletak calon akan berdepan dengan kritikan dari aku……………………………… aku tidak akan berpura pura dan hipokrit, serba sedikit mengenai calon dan hal hal di dun maniK urai boleh lihat posting aku terdahulu atau aku akan post kan akan datang.
Walau pun tiada calon berpendidikan calon glamour dan dikenali kawan dan lawan adalah pilihan terbaik (dalam kontek DUN adalah padan untuk berhadapan dengan BN) kerana calon BN nanti adalah lebih teruk dari kita, calon BN khabar nya ketua bahagian RASUAH kuala krai, ia itu dato’ ramzi abdulrahman ?.

PRK dun manik urai PAS mesti mempertahankan dengan meletak calon glamour untuk menang, PAS kawasan kuala krai mesti belajar jangan pentingkan individu tertentu, berubahlah PAS kuala krai , sekarang ni zaman IT tau !, langit sudah terbuka, jangan jadi katak bawah tempurung lagi, aku yang kolot ni pun tau berblog jangan buat malu la, jangan terlebih fikir pasal duniawi dan kesempatan untuk kaya segera saja, sampai bila kita tidak akan ada calon berkaliber di dun manik urai nih, fikir fikir kan lah PAS kuala krai, sampai bila nak jadi pengampu dan diampu kah kah kah !!!!!


CALON GLAMOUR ADALAH PILIHAN TERBAIK BUAT MASA SEKARANG.


Selamat berpilihanraya semoga PAS akan mengekalkan kerusi dun manik urai.


guanomanikurai


Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. bila nik aziz nak bwat fatwa islampas pasal mogok lapar....mesti dapat pahala mengikut islampas kan?

    BalasPadam
  2. umno/bn jangan tanding...jimatkan duit rakyat...rakyat didahulukan..jangan membazir..mesti kalah punya..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...