Jumaat, Mei 01, 2009
UMNO PAS: Pakatan Rakyat Perak Tidak Iktiraf Kerajaan Zambry
ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis kerana tidak mengiktiraf kerajaan DS Zambry. Pada kebiasanya, ADUN-ADUN akan menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri. Setiap ADUN dibenarkan untuk bertanya 3 soalan lisan dan 5 soalan bertulis. Tetapi, pada persidangan kali ini, kesemua 27 ADUN Pakatan Rakyat (tidak termasuk Speaker) bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis. Ini adalah tanda bantahan terhadap kerajaan BN yang tidak sah.
Menurut Perinta-perintah Tetap 22 (2), Notis berkenaan dengan tiap-tiap soalan hendaklah diberikan oleh seorang ahli secara bertulis tidak kurang daripada 14 hari daripada hari yang mengkehendaki jawapannya dengan menyerahkannya kepada Pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat.
Soalan-soalan yang dihantar itu akan disemak dan ditelitikan oleh Speaker Dewan Negeri. Soalan-soalan yang tidak relevan dan bercanggah dengan Perintah-perintah Tetap akan disingkirkan oleh Speaker Dewan Negeri. Soalan-soalan yang terpilih akan dihantar ke jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi tertentu untuk mendapatkan jawapan. Selepas menerima jawapan-jawapan itu, Speaker akan senaraikan urutan soalan-soalan menikut budibicaranya. Kemudiannya, Soalan-soalan dan jawapan-jawapan itu akan diberikan kepada ahli-ahli EXCO yang berkenaan untuk dibentangkan di Dewan Negeri.
Oleh kerana, Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Menteri Besar dan ahli-ahli EXCOnya, maka sudah tentu proses 'soal dan jawap' ini tidak relevan lagi. ADUN-ADUN Pakatan Rakyat biarkan ADUN-ADUN BN syok sendiri 'dia yang tanya dia yang jawab'. Jelas bahawa Dewan Negeri tidak berfungsi lagi. Penyelesaiannya 'BUBARKAN DUN'.
speakforperak
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...