Jumaat, Mei 01, 2009

umno pas: PAS AKUR DI PENANTI

PAS akur kerusi Penanti adalah milik PKR

OlehDarwis Said

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) dijangka akur meletakkan seorang calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Penanti, sebuah daerah di tanah besar Pulau Pinang, pada bulan depan.
Ia sekali gus meredakan ketegangan semakin ketara di kalangan anggota komponen Pakatan Rakyat (PR) - sebuah pakatan tiga parti pembangkang utama di Malaysia - menjelang pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 31 Mei ini.
Tanda tanya berhubung sokongan PAS terhadap kempen pilihan raya kecil itu tercetus apabila PAS bahagian Pulau Pinang dan cawangannya di Permatang Pauh baru-baru ini mahukan calon PAS dan bukan calon PKR bertanding bagi kerusi DUN Penanti yang lama dianggap kubu PAS.
Namun, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, semalam menolak kemungkinan bahawa PAS Pusat akan meletakkan calonnya sendiri bagi pilihan raya di Penanti kelak.
Malah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, awal dari itu memberitahu akhbar Berita Harian bahawa PAS Pusat secara prinsip sudah bersetuju dengan calon yang dipilih oleh PKR, iaitu Datuk Dr Mansor Othman.
'Adalah keputusan kepimpinan pusat untuk mematuhi perjanjian bahawa kerusi itu harus kekal dengan calon PKR,' kata beliau semasa dihubungi menerusi panggilan jauh.
Selanjutnya PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan PAS Pulau Pinang dan PAS Permatang Pauh untuk membincangkan keputusannya, tambahnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Penanti pada 23 Mei ini.
Setakat ini, sumber-sumber di Pulau Pinang berkata terdapat beberapa calon bebas yang telah menunjukkan minat untuk bertanding.
Malah, mereka juga berkata bahawa Umno, yang akan mengadakan mesyuarat biro politiknya Isnin ini bagi memutuskan sama ada ia akan bertanding dalam pilihan raya itu berkemungkinan besar akan meletakkan calonnya.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno.
Kerusi DUN Penanti dikosongkan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Encik Mohammad Fairus Khairuddin, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pertama Pulau Pinang.
Beliau mengalahkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, dengan majoriti 2,219 undi pada pilihan raya umum Mac 2008

karpetkuning

BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...