Ahad, Mei 03, 2009
umno pas: TAZKIRAH DS ANWAR DI PENANTI
Ad-Deen Asas Peribadi dan Pembentukan Tamadun : Anwar
Anna Yusof
PENANTI, 3 Mei (SK) : Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah yang mengimbau kupasan ulama Almarhum Syeikh Muhammad Al Ghazali dan ulama muktabar lainnya berhubung pengertian ‘Deen’ dengan pembentukan akhlak peribadi yang memberi kesan kepada urusan kenegaraan.
Dalam lawatan belia ke Penanti semalam, Anwar menunaikan solat maghrib di masjid Kuala Mengkuang dan berkesempatan yang diberi jemaah untuk bertazkirah.
Penelitian khusus perkataan ‘Deen’ itu mengandungi beberapa makna seperti adab, penyerahan, rasa berhutang dan pembinaan tamadun yang menjadi tajuk isi kandungan tazkirah tersebut.
“Saya tegaskan pemahaman tepat sekaligus amalan yang berlandaskan kemantapan ilmu pasti membuahkan natijah baik buat masyarakat,” kata Anwar.
“Oleh itu menjadi keutamaan buat umat meluruskan kembali pemahaman perihal pesan yang terkandung dalam perkataan ‘Deen’ ini apatah lagi sebagaimana yang pernah di nukilkan oleh Syed Naguib Al Attas betapa risalah ‘Deen’ yang disampaikan secara bil hikmah inilah yang merubah pandang dunia atau ‘welstanchaaung’ umat Melayu,” jelas beliau lagi.
“Kadangkala kekeliruan berleluasa lalu meresap di kalangan mereka yang menolak peranan ‘Deen’ ini akhirnya mengikis sikap kemanusiaan serta menyebabkan kezaliman berlaku,” Anwar berkata.
Ungkapkan tazkirah tersebut yang menekankan bahawa pentingnya peranan ilmu di dalam membezakan di antara yang hak dan yang batil juga disampaikan di Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat setelah beliau selesai menunaikan solat Isyak.
Walaupun jadual padat dengan acara yang disusun oleh Bahagian Permatang Pauh, meluangkan masa untuk mempengerusikan majlis dialog yang di anjurkan oleh jawatankuasa, Wanita dan Angkatan Muda KeAdILan (AMK) di Yayasan Aman, Penanti.
Majlis berkenaan disusuli dengan perasmian majlis penutupan kursus pilihanraya Dun Penanti.
Bersesuiana dengan majlis tazkirah sebelum ini, acara berikutnya ialah majlis pembukaan pusat khidmat Sungai Semambu dan berakhir dengan ceramah di pentas AMK di Yayasan Aman Penanti.
suarakeadilan
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail
haha. Anwar Ibrahim bercakap pasal DEEN? Sebenarnya, dia nk bagi PAs permatang pauh membatalkan hasrat menyertai PRK penanti. Cit pidahhhhh. Nka tunjuk alim konon.
BalasPadameh..alang, ko alim ker?
BalasPadam