Khamis, Mei 21, 2009
WARKAH TERBUKA DARI WISMA DARUL AMAN
WARKAH TERBUKA KEPADA :
SELURUH PEMBACA KEDAHLANIE.BLOGSPOT.COM, PENYUMBANG BERITA DAN ARTIKEL, & ADMIN.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Salam hormat daripada saya di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Terlebih dahulu saya mengajak diri yang kerdil ini, seluruh pembaca, penyumbang berita dan blogger untuk memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas nikmat dan rahmat yang dianugerahkan. Mari kita terus meningkatkan ketaqwaan kepadaNya, moga-moga kita semua beroleh keampunan dan keredhaan.
Saya telah mengikuti rapat bahan-bahan yang dipaparkan dilaman maya Kedahlanie berkaitan isu-isu Negeri Kedah, dan mengutip semua sumbangsaran yang dilontarkan, sama ada punya identity atau bersembunyi. Saya ambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih atas usaha anda semua.
Bagi undian prestasi Kerajaan Negeri Kedah, saya telah menganalisa semua komen berasaskan beberapa bidang dan kelompok, dan saya telah memanjangkannya kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar (MB) untuk tindakan selanjutnya.
Berkaitan isu tuntutan yang dikatakan melampau yang tidak dinyatakan tuan tubuh Exco yang terlibat, saya telah memaklumkan kepada MB dan beliau akan mengambil tindakan perlu untuk mengatasi perkara tersebut jika didapati wujud kes seperti yang didakwa. Tidak dapatlah saya nyatakan di sini bentuk tindakan dan siapakah individu tersebut. Kepada penulis yang menggunakan nama Penyiasat Persendirian diharap dapat menghubungi saya untuk penjelasan lanjut.
Berkenaan isu rumah Adun Merbau Pulas, saya telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan beliau. Benar seperti yang dinyatakan oleh beberapa responder bahawa ruang tambahan itu adalah untuk dijadikan Pusat Khimat Wakil Rakyat (PKWR). Kos ubahsuai adalah antara RM35 – RM40 ribu sahaja daripapa wang simpanan beliau sendiri, wang pencen suami (Cikgu Ramli) dan duit kebun getah pusaka keluarganya. Sebahagian daripada kos tersebut masih belum dibayar (berhutang) kepada pembekal (hardware) dan upah tukang, dianggarkan berjumlah RM17 ribu. Dakwaan bahawa kos yang melebihi RM80 ribu dari dana kerajaan yang diseleweng adalah tuduhan yang amat berat dam keterlaluan. Saya harap abudzaralghifari bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t dan daripada YB Adun Merbau Pulas, keluarga beliau dan seluruh pengundi beliau. Ingatlah penegasan Allah dalam Al_Quran “Sesungguhnya dosa memfitnah adalah lebih berat daripada membunuh”.
Beliau tahu pihak-pihak yang bertanggungjawab mereka-reka fitnah tersebut, dan anaknya menyimpan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki oleh dua orang yang mengambil rumahnya pada hari tersebut. Laporan polis sedang dipertimbangkan untuk memastikan perkara ini tidak berulang.
Saya secara pribadi amat berat untuk bertanyakan hal tersebut, dan jawapan beliau mengundang titisan air mata tanpa disedari. Memandangkan beliau memegang portfolio kebajikan, memberi sumbangan dari wang gaji, melawat, menziarah dan merasai pederitaan rakyat (seperti Adun-Adun lain), tidak dapat dielakkan lagi. Hampir separuh daripada gaji dan elaun bulanan disumbangkan kepada masyarakat, PKWR dan parti, satu pertiga untuk perjalanan ulang-alik beliau ke pejabat di Alor Setar dan sebahagian kecil untuk diri dan keluarga beliau. Semuanya dibentangkan secara terperinci. Tidak dapat saya bayangkan kesukaran dan pengorbanan beliau untuk melaksanakan amanah yang dipikul, semoga semua itu dianugerahkan ganjaran kebaikan daripada Allah s.w.t. Walaupun tidak ada baki untuk menjadi harta dunia untuk diwarisi anak-anak, beliau tetap bersemangat untuk terus berkhidmat dan menunaikan amanah yang amat berat itu. Marilah kita berdoa semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan mulia ini.
Saya amat berharap jawapan ini dapat menamatkan pergelutan maya dalam suasana politik yang serba terbuka di zaman ini. Anasir-anasir jahat pihak musuh perlu sentiasa diawasi, baik musuh itu berupa syaitan, jin, manusia, dan nafsu dalam diri.
Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, saya menyeru agar kita dapat bersatu dan mendokong hasrat melahirkan sebuah negeri yang sejahtera, tempat berteduh orang miskin dan lemah yang terbela bersama orang kaya yang pemurah. Semoga usaha kita mendapat barakah dan hidayah daripada Allah s.w.t.
Sekian Terima kasih
Yang benar,
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
SETIAUSAHA POLITIK
YAB DATO’ SERI MENTARI BESAR KEDAH
msanusi@kedah.gov.my / mhmmd_sanusi@yahoo.co.uk
kedahlanie
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
Kan betoi..mangkuk hayun tu suka buat fitnah..kasihan kat ustazah..sabaqla no..Tuhan disisi oranng yang benar..teruskan perjuangan laknatlah pencacai abuza..lol!
BalasPadam