Selasa, Jun 30, 2009

2 Pelajar UM Hadapi Penjara 20 Tahun




Dua pelajar Universiti Malaya ditahan reman sejak 24 Jun lalu berhubung insiden menconteng kata-kata anti Rosmah Mansor dan kini berhadapan dengan kemungkinan dipenjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt. Azri Abdul Rahman kedua-dua pelajar itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan khianat dengan api.

Supt. Azri, ketika ditemui di Ibupejabat Polis Daerah Brickfields, berkata tempoh tahanan reman kedua-dua pelajar tersebut dijangka berakhir Selasa ini tetapi tidak menolak kemungkinan tempoh tersebut dilanjutkan sekiranya perlu.

"Pihak polis menjalankan siasatan berdasarkan apa yang berlaku ditempat kejadian dan kedua-dua suspek ditahan setelah pihak kami mendapat satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pantai oleh pihak universiti," kata beliau tanpa memberi butiran lanjut mengenai aspek siasatan kes.

Menurut sebuah laman blog, um-today.com, dua pelajar berusia 21 tahun yang dipercayai daripada Akademi Pengajian Islam ditahan polis Rabu lalu apabila mereka dikatakan menconteng pada dinding bangunan dengan kata-kata yang mencerminkan rasa tidak puas hati terhadap isteri Perdana Menteri.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika Wanita Pertama Malaysia itu hadir pada Majlis Perasmian "Gaza DiBela" anjuran sebuah badan antarabangsa, Power of 10 Sen di Akademi Pengajian Islam pada hari yang sama.

Antara yang ditulis pada dinding UM ialah "Altantuya", "C4", "pembunuh" - kesemuanya berkait kepada kes pembunuhan ngeri wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tiga tahun lalu dan "puaka" yang merujuk kepada video yang disebarluaskan melalui Youtube sejak dua minggu lalu.

Video itu memaparkan temubual dengan beberapa individu yang didakwa ahli keluarga, saudara mara dan jiran Rosmah.

Rosmah adalah isteri kedua Najib Razak yang menceraikan isteri pertama beliau,Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada 1987.

Rosmah lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan adalah graduan ijazah Universiti Malaya dalam bidang antropologi dan sosiologi.

Supt. Azri juga tidak menafikan dakwaan pihak polis juga sedang mencari tiga orang lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di universiti itu.

"Siasatan sedang dijalankan, kami tidak pasti sama ada suspek yang masih dicari seramai itu atau kurang daripada itu," jelas beliau.

Menurut blog um-today tulisan pada dinding itu dipadamkan oleh Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB) universiti tersebut menggunakan cat sejurus mendapat berita megenainya.

Laluan rasmi Rosmah ke lokasi majlis juga telah ditukar pada saat akhir kepada laluan lain bagi mengelakkan beliau ternampak contengan provokatif tersebut.

Supt. Azri menasihatkan pelajar universiti supaya tidak mengambil undang-undangn dalam tangan mereka sendiri dan mensyorkan supaya berbincang dengan pihgak universiti sekiranya terdapat sebarang rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu.

"Lebih baik mereka menggunakan saluran yang betul kerana sekiranya laporan seperti dibuat ia sudah menjadi kes jenayah dan pihak polis terpaksa menjalankan siasatan. Jangan ambil tindakan yang boleh menyebabkan mereka dalam kesusahan," nasihat beliau.


TVA


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

3 ulasan:

  1. Dalam hal jenayah kecil mcm ni & melibatkan pemimpin BeeEnd, polis Malaysia memang cekap. Setakat conteng dinding nak penjara 20 tahun... tah apa apa lah PDRM ni pun...

    Kalaulah PDRM cekap mcm ni gak dlm menangani kes2 ragut, penculikan kanak2, dera, rogol, rompak dsb... aman negara kita ni...

    BalasPadam
  2. demang lebar daun30/6/09 8:35 PTG

    kes altantuya bertahun polis siasat ..mai kes kata kat kak ros punya la laju PRDM pi sisat..semua akta dan hukuman maksima depa nak guna...entah la apa nak jadi mesia ni..

    BalasPadam
  3. Berani kerana benar,takut kerana salah...takyah lah jatuhkan hukuman sampai berpuluh2 thn penjara,pulas telinga cukup le kak Ros oii..dengan "budak2pun" nak ambil pusing sangat...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...