Sabtu, Jun 27, 2009

Biarkan Saja Jika Kerajaan Indonesia Hentikan Penghantaran Amah




Oleh SHARIFAH ANAMARHAEN

Masalah berkenaan pembantu rumah terutamanya dari Indonesia memang tiada kesudahannya. Kisah pembantu lari dari rumah kerana mengikuti 'pacar' atau 'paman'nya atau yang lari dari rumah kerana didera memang kerap kedengaran.

Masihkah anda ingat, kejadian seorang pembantu rumah dari Indonesia bernama Shamelin atau Ceriyati yang nekad turun melalui tingkap sebuah rumah di tingkat 15 sebuah kondominium di Sentul, KL, memang menggemparkan.

Shamelin mendakwa dia didera oleh majikannya and sudah tidak tahan lagi dengan layanan yang diberikan kepadanya.

Lalu dia menjadikan beberapa pakaian yang diikat bersama sebagai tali untuk melepaskan diri dari kongkongan majikannya.

Nasib baik ada pasukan penyelamat Bomba yang berada berhampiran tempat kejadian menghulurkan bantuan.

Para jiran tetangga yang prihatin juga meletakkan lapisan tilam di atas tanah kalau-kalau dia terjatuh.

Di sini ada dua isu berkenaan pembantu rumah.

Yang pertama pembantu rumah ditekan oleh majikan dan yang kedua, sebaliknya, pembantu rumah yang menipu majikan.

Kes Shamelin ini boleh dikatakan sama dengan kes Nirmala Bonat dahulu.

Kita memang faham banyak majikan menghabiskan ribuan Ringgit untuk mendapatkan seorang pembantu rumah yang sah.

Jadi, untuk memperolehi kembali nilai yang telah dilaburkan, majikan memang berharap pembantu rumah dapat melakukan kerja dengan cekap dan mengikuti arahan.

Apabila sesuatu yang diharapkan daripada pembantu rumah adalah tinggi dan sebaliknya pembantu rumah tidak dapat memenuhi kehendak majikan, maka konflik akan berlaku. Sikap bertolak ansur memang harus ada di sini. Majikan harus bertimbang rasa dan pembantu rumah pula harus bersedia untuk memajukan diri.

Majikan perlu faham kebanyakan pembantu rumah adalah orang susah.

Mereka datang ke negara ini untuk merubah kehidupan mereka.

Jadi, perubahan hidup dari kedaifan kampung ke kota besar yang semuanya canggih-canggih belaka merupakan sesuatu yang baru bagi seorang pembantu rumah.

Memetik satu surat di The Star yang mengatakan majikan harus sedar bahawa seseorang itu tidak akan menjadi pembantu rumah jika dia sepandai atau secekap majikan mereka. Kalau mereka pandai dan cekap, tentu dia pula yang menjadi majikan! Ini bukanlah untuk merendahkan martabat seorang pembantu rumah tetapi sebagai peringatan untuk majikan.

Dari sudut lain, pembantu rumah juga perlu ikhlas membuat kerja yang diberikan.

Janganlah mereka bersekongkol dengan ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri dan berkerja dengan majikan baru pula. Mereka ini menyusahkan majikan kerana majikan harus membayar denda jika pembantu rumah lari sedang mereka pula mendapat sedikit habuan dari ejen-ejen tersebut.

Tidak dinafikan bahawa pembantu rumah dari Indonesia yang datang ke Malaysia adalah pembantu rumah yang bergred rendah.

Yang tinggi mutu kerjanya sudah pasti ke negara-negara yang memberikan pulangan lumayan buat pembantu rumah tersebut seperti Timur Tengah, Asia Timur dan Singapura.

Walau bagaimanapun, kes-kes sebegini, pada pendapat saya, masih kes terpencil. Banyak lagi pembantu rumah yang masih rajin bekerja dan dianggap sebagai keluarga sendiri buat sesetengah majikan. Ada yang terlalu manja dengan anak majikan sehinggakan anak majikan memerlukan pembantu rumah untuk menidurkan mereka. Ada juga majikan yang sanggup membeli tiket kapal terbang dan menghantar pembantu rumah sehingga ke halaman rumah pembantu mereka di tanah air mereka.

Pembantu rumah dari Indonesia, khasnya, masih diperlukan di sini.

Banyak majikan Cina memilih pembantu rumah dari Indonesia atas faktor rumah tangga mereka.

Cadangan untuk membawa pembantu rumah dari Tanah Besar Cina dibantah keras oleh majikan wanita kerana dikhuatiri pembantu rumah dari China ini bakal menjadi "anak patung dari China" yang menggoda suami mereka dan seterusnya merosakkan keharmonian rumah tangga mereka. Bagi orang Melayu pula, persamaan budaya, bahasa dan agama menjadi pilihan kerana memudahkan urusan seharian mereka.

Apapun kalau orang dah tak sudi, dalam kes ini bila kerajaan Indonesia mahu hentikan penghantaran amahnya, biarkan saja.

Jangan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Tak mati kita di sini kalau tidak ada pembantu rumah Indonesia!


malaysia-instinct


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

1 ulasan:

  1. Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
    ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

    "Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

    Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

    Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

    Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

    Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

    Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

    "Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

    Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

    Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

    Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

    Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

    "Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

    Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

    "Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

    Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

    "Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

    Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

    "Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.
    Dipetik dari Malaysia Insider

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...