Rabu, Jun 24, 2009
Guru di Manek Urai diseru pilih PAS
Seramai 187 guru dan warga pendidik yang layak mengundi pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan diseru mengundi calon PAS bagi memastikan sistem pembelajaran di Malaysia dapat ditingkatkan kualitinya berbanding sistem yang cacamarba seperti yang diamalkan sekarang.
Seorang pemanjat pokok petai professional,Encik Fuad Sarkasi berkata walaupun pemilihan calon merupakan hak seseorang individu, namun sokongan terhadap pakatan rakyat akan memastikan suatu sistem pembelajaran yang lebih mantap dan berkualiti dapat dilaksanakan demi faedah generasi masa depan.
"Kita berharap para guru dapat membantu menjayakan impian rakyat untuk mendapatkan mutu pendidikan yang tinggi," katanya seperti dilaporkan agensi berita Takbernama.
Tambahnya lagi, beliau kini dalam proses untuk membina ladang petai yang cemerlang menerusi sistem pendidikan yang maju.
"Kita juga sedang meningkatkan taraf buah petai dan untuk itu mereka mestilah bersama kita," Fuad dipetik berkata sambil memetik buah petai di atas pokok yang setinggi 3 tingkat bangunan itu.
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
tinggi betul pokok petai tu..
BalasPadamsatira yg menarik..
HAHAHAA