Jumaat, Jun 26, 2009

Isteri Mahu Inkues Siasat Tahanan mati Di lokap




Isteri A. Gnanaprakasom, tahanan yang mati dalam lokap polis awal bulan ini mahu satu inkues dijalankan terhadap kematian mengejut suaminya.
M. Manamegala berkata suaminya, Gnanaprakasom, yang bekerja sebagai pendawai, 53, tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum meninggal dunia secara mengejut.

Gnanaprakasom telah ditahan pada 10 Jun 2009 atas tuduhan pecah rumah di Sungai Buloh.

“Beberapa hari selepas ditahan oleh polis, dia mati dalam tahanan, duit dan telefon bimbitnya kepunyaan hilang.

“Siapa yang mahu bertanggungjawab atas kematian dia. Sekarang siapa yang mahu menjaga anak-anak saya,” kata ibu kepada tujuh anak ini di lobi Parlimen hari ini.

Dia bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat.

Turut serta menyerahkan memorandum tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.


TVA


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...