Rabu, Jun 03, 2009

Jangan lupa pejuang tanpa nama...



Azamin Amin

Maneer, 37 hanya bekerja kampung untuk menyara enam anaknya sambil membantu isteri yang menjadi suri. Mereka sekeluarga menumpang teduh di sebuah balai kecil. Rumahnya, baru-baru ini dijilat api. Ketika ditemui lewat malam, dia sedang menyarung baju terang 'highlight' berwarna hijau kekuningan sambil memegang cota berlampu merah.

"Nak kena jaga jalan dan 'parking' kereta. Malam ni ada ceramah," katanya kepada saya dan rakan yang berkunjung ke tempatnya, di sebuah kampung di Pahang.

Dalam sibuk-sibuk itu, dia sempat menjamu kami, yang baru dikenalinya sehari. Biarpun hanya nasi putih, daging masak kicap dan pucuk ubi, kami makan cukup selera sekali.

"Itu daging sembelih minggu lepas untuk rai pemimpin yang datang. Kami kongsi-kongsi satu kampung, beli seekor lembu sebab nak raikan mereka.

"Seronok rasanya. Ada lebih, saya simpan sikit, dapat juga Azamin merasa," katanya membuatkan saya tersentak seketika. Anak-anak kecilnya terintai-intai di balik dapur, membuatkan saya malu dan terasa kenyang secara tiba-tiba.

Itu kisah, dua tahun lalu.

Manakala tahun lepas, Suhaili, 40 berbaju melayu lusuh sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Di sebelah bahunya dikendong sebuah beg buruk, sambil mengelap peluh yang memercik di dahi. Pancaran matahari cukup terik tengahari itu.

"Ana pergi berarak di Parlimen tadi. Selesai semua, nak baliklah, lagipun ana datang seorang je naik bas," katanya ketika saya menyapa.

Lain pula pada 10 November 2007 tika azan subuh menjelma di masjid negara, sekumpulan lebih 100 orang berbaju kuning berkumpul di pekarangan, sementara menanti himpunan besar-besaran itu dilancarkan.

"Kami ni mai dari Kedah. Naik bas takut kena sekat, jadi kami mai naik keretapi. Bertolak malam tadi. Tempah tiket pi balik. "Sat lagi bertolak balik. Harap-harap tak dak yang kena hambat, esok pagi kami nak pi motong," kata Sayed, 35 seorang penoreh getah di Sik.

Tiga nama di atas hanyalah secebis rakaman nama-nama 'samaran' pejuang yang tidak mungkin dititipkan nama mereka satu persatu.

Mereka ini penyokong, ahli dan peminat PAS yang amat setia. Sering ke mana-mana pun secara rela tanpa dipaksa. Ikhlas tanpa minta apa-apa.

Disuruh mereka datang, diarah mereka pergi.

Siangnya mereka memukat, menuai, menebas lalang. Malamnya mereka di kaki legar bersimpuh dengar ceramah. Adakalanya, keluar seringgit dua, buat tabung amanah demi perjuangan agama Allah.

Jika ceramah, himpunan dan ada peristiwa besar, mereka datang dengan besar hati tanpa peduli cabaran yang menjelma. Ada yang membonceng menaiki motosikal. Ada yang berberkongsi kereta. Menaiki bas, dari utara mereka turun, dari selatan mereka datang. Tidak lupa, dari Timur Barat mereka muncul.

Adakalanya mereka pulang. Adakala keluarga menanggung resah berpanjangan, menunggu mereka tak kunjung datang.

Ada yang diasak teruk. Sekali, dua libasan cota cukup memedihkan rasa. Malah lebih ramai yang tertusuk perit lantaran semburan gas pemedih mata. Tidak kurang, yang tersiat kulit luka tercedera.

Ada yang meringkuk sehari dua di penjara, manakala selebihnya diusung ke mahkamah keesokan harinya.

Ada yang hilang pekerjaan, tertahan pangkat, ditukar ke sana ke mari dan dikenakan tindakan. Ada yang belum sempat mengucup segulung ijazah lantaran tindakan yang tak berjiwa dan bermata.

Mereka ini ikhlas berjuang. Hujan, ribut, petir, embun dan panas mentari, mereka tetap taat di situ. Apa jua rintangan tidak pernah menyekat hati untuk terus berbakti kepada parti.

Sambil menggulung daun pucuk, mereka ini tersenyum membaca kejayaan PAS, satu demi satu. Sambil menghirup udara bendang, yang buta huruf, meminta rakan taulan dan anak-anak membaca berita-berita gembira, parti tercinta.

Mereka ini tidak mengerti apa itu label-labelan atau jenama-jenama yang mencucuk mata. Kelas-kelas atau kasta-kasta yang memisahkan mereka. Mereka ini tidak ambil pusing. Mereka tidak pernah bising-bising.

Walaupun kubur mereka kelak tidak bertanda, susuk tubuh mereka tidak pernah ditanya atau disapa, namun yang penting, parti terus dijulang, agama Allah terus bertakhta!

Teringat kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Hassan Shukri bahawa para pendukung PAS ini tidak pernah minta dibalas tetapi cukup sekadar sebuah senyuman dan sapaan daripada pimpinan, yang membuat hati mereka berbunga mekar dan semarak semangat juangnya.

Jika ada yang sudi, sisipkanlah cebisan doa buat mereka ini... datang dan pergi tanpa dikenali.

Mereka ini tanpa nama, jauh sekali dapat ke Muktamar...

Selamat bermuktamar!


harakahdaily

Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno

3 ulasan:

  1. amat menyentuh hati entry ini...ya..menitis air mata memikirkan harapan rakyat dan kesanggupan rakyat sebegini yg sanggup bersusah payah berjuang dan harapan mereka kepada kepimpinan PR terutama sekali PAS

    BalasPadam
  2. Begitulah apa yang dialami oleh pejuang sebenar ataupun ahli PAS yang sediaada. Ahli yang tidak pernah kenal erti meminta sesuatu ganjaran. Rasanya malu kalau menyebut untuk medapatkan sesuatu walaupun dalam terdesak memerlukannya. Segala yang dilakukan adalah ikhlas. Dan itulah punca kejayaan PAS selama ini. Jangan diubah prinsip itu.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/6/09 1:17 PG

    TAKBIR!!!!!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...