Isnin, Jun 22, 2009
Kerajaan Perpaduan Berudang di Sebalik Mi
Oleh: Harun Jaafar
Isu kerajaan perpaduan yang menjadi heboh sekarang ini perlu dilihat bermula dari asal usulnya. Hal ini perlu dilakukan untuk mengelakkan salah faham dan kesilapan penilaian. Setelah mengetahui letak duduk yang sebenarnya tentang perkara ini, bolehlah kita membelasah pihak yang mungkin tak sedar diri, sengaja menggatal, tumpang semangkuk, atau menahan lukah di pergentingan.
Idea ini dikemukakan oleh Presiden PAS yang terkini. Definisi, prinsip, dasar, dan konsep kerajaan perpaduan masih terawang-awang kerana belum didokumenkan oleh orang yang mengemukakannya. Dari sudut yang lain, idea ini menjadi hak peribadi, bukan dasar yang diterima oleh parti PAS.
Berdasarkan kenyataan di atas, kerajaan perpaduan milik TGHH. Sehubungan itu, tidak ada kaitan langsung dengan PAS. PAS tidak pernah menerima atau memperjuangkannya walaupun yang bercakap mengenainya ialah Presiden PAS sendiri. Semua pihak wajib berpegang pada premis ini untuk tidak tergelincir.
Oleh sebab itu, kita perlu bertanya kenapa Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta ramai lagi pemimpin UMNO bercakap tentang kerajaan perpaduan dengan nada positif selepas tamatnya Muktamar PAS Ke-55? Sayugia diingatkan dua pemimpin tertinggi PAS, iaitu Husam Musa dan Muhammad Sabu kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS. Kedua-duanya dikatakan tidak memberi muka kepada UMNO.
Situasi ini menjadikan kes ini lebih menarik untuk dikaji. Pertama, kerajaan perpaduan bukan pegangan PAS. Jika demikian, para pemimpin UMNO sengaja memainkan isu ini. Kesengajaan itu pasti ada tujuannya. Tujuannya adalah untuk melihat maklum balas daripada kepimpinan baru PAS mengenainya.
Yang menyambutnya dengan positif ialah Timbalan Presiden yang berjaya mempertahankan jawatannya. Pendirian itu tentunya menimbulkan reaksi kurang senang pihak yang telah berpatah arang dengan UMNO. Golongan ini dikepalai oleh Musyidul Am PAS. Ketegangan timbul antara kedua-duanya. Inilah yang dinanti-nanti dan dihajati oleh UMNO. Perpaduan dalam PAS tergugat. Situasi itu akan melemahkan PAS.
Kedua, kerajaan perpaduan tidak pernah menjadi pegangan PR yang dianggotai oleh PAS, DAP, dan PKR. Sambutan positif UMNO terhadap konsep itu menimbulkan kecurigaan PKR dan DAP terhadap PAS. Inilah yang dinanti-nanti dan dihajati oleh UMNO. Perpaduan dalam PR tergugat. Situasi itu akan melemahkan PR.
Jika kita menerima kenyataan-kenyataan ini dan menghubungkannya dengan kedudukan UMNO sekarang ini, tidaklah terlalu sukar untuk menelah niat sebenar UMNO menyokong kerajaan perpaduan. UMNO sedang diserang pelbagai jenis penyakit sekarang ini. Sementara di luar pula, UMNO ditolak oleh rakyat.
Sehubungan itu, UMNO memerlukan sokongan PAS untuk menjadi kuat dan terus servive. Alasan yang diberikan oleh UMNO tentang perpecahan orang Melayu akan melemahkan politik Melayu sebenarnya tidak berasas. UMNO melihat sokongan orang Melayu kepadanya sudah berkurang. Mereka mengakui sokongan orang Melayu kepada PAS semakin bertambah. Mereka juga mengaku orang bukan Melayu pun semakin ramai yang menyokong PAS. Hal ini menandakan saat-saat kejatuhan UMNO.
Politik Melayu dan kuasa Melayu tidak akan lemah jika undi tidak diberi kepada UMNO. Kedua-duanya akan terus kuat jika semua undi orang Melayu diberi kepada PAS. UMNO menyedari kemampuan PAS untuk mengambil alih tugas mereka. Perkara ini telah menjadi keazaman barisan pemimpin PAS masa kini.
Sehubungan itu, ahli-ahli PAS harus berwaspada dengan kenyataan TDM bahawa semasa PAS berada dalam BN dahulu, PAS hanya asyik memperkuatkan pengaruh sendiri, bukannya menjunjung prinsip setiakawan dalam BN. Hati-hati juga dengan kenyataan Muhyiddin tentang pemimpin UMNO kini tidak sama dengan pemimpin UMNO yang menendang PAS keluar BN dahulu.
Perhatian yang utama sekali perlu diberi perhatian ialah tuduhan bahawa golongan PAS yang menyokong TGNA merupakan golongan monoriti dalam PAS. Inilah propaganda yang berudang di sebalik mi dalam kes kerajaan perpaduan ini. Usahlah tersilap langkah dua tiga kali!!!
UTARAONLINE
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...