Rabu, Jun 17, 2009
Konspirasi 1998 Berulang ?
Maka bermulalah edisi kedua konspirasi politik, penyembunyian bahan bukti dan keterangan saksi serta pencabulan undang-undang yang direstui di peringkat tertinggi.
Barisan pelakon utama dalam siri ini adalah sama – antara lain Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Mereka mensasarkan orang yang sama– Anwar Ibrahim.
Perbicaraan liwat yang dilemparkan terhadap Anwar untuk kali kedua mirip bibit-bibit awal kes rasuah dan liwat Anwar selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Kini, Anwar sekali lagi berdepan dengan pendakwaan yang enggan menyerahkan bahan bukti walaupun permohonan dibuat oleh peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu sejak September tahun lalu.
Anwar terpaksa memohon mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan pejabat Gani Patail supaya menyerahkan segala bukti yang dikumpul oleh polis bagi membolehkannya menyediakan pembelaan yang tuntas.
Walapun perbicaraan kes itu akan bermula kurang dua minggu, Pendakwa Raya berkeras enggan membekalkan peguam Anwar dengan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.
Begitu juga dengan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.
Dalam keadaan begini, tidak siapa boleh menyalahkan peguam-peguam Anwar sendiri atas rasa gusar tidak dapat menyediakan pembelaan lengkap untuk anak guam mereka.
Bagi peguam seperti Sankara Nair, semua yang sedang berlaku sekarang adalah siaran ulangan perbicaraan yang ditempuhi oleh Anwar sebelum ini.
Beliau berkata setakat ini pihak pendakwaraya mempamerkan sikap tidak profesional dan beretika dalam segala peri laku mereka bersabit kes itu.
Amat penting untuk Anwar mendapatkan contoh DNA yang digunakan oleh pendakwaraya selain rakaman CCTV.
Kedua-duanya perlu bagi membolehkan Anwar mendapatkan pakar sendiri untuk menyaring serta menguji kesahihan bukti yang akan dibawa ke mahkamah oleh kerajaan.
Permohonan Anwar untuk mendapatkan bahan kes itu akan didengar pada 22 Jun ini. Perbicaraan itu akan menawarkan intipan awal ke atas tata laku badan kehakiman terhadap Anwar kali ini.
Memang tidak dinafikan, ada segelintir hakim yang masih mendokong prinsip keadilan dan menolak sebarang campurtangan dalam tugas mereka. Hanya segelintir.
Hakikatnya ialah beberapa keputusan mahkamah, contohnya yang bersabit krisis Perak menyerlahkan kebimbangan umum terhadap kebebasan institusi kehakiman.
Dalam kes liwat Anwar sendiri, keputusan bingkas Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Sesyen mengenai haknya membicarakan kes itu menzahirkan rasa bimbang terhadap peluang Anwar untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya.
Perjuangan Anwar selama ini menjadikan beliau musuh politik utama kepada Mahathir. Kini Najib Razak pula berdepan dengan Anwar dan gandingan mantap Pakatan Rakyat yang semakin menggugat ketahanan Barisan Nasional.
Sayugia diingatkan Najib dan Rosmah secara langsung terbabit dalam kes ini.
Persoalan sama ada pasangan No 1 negara itu akan tampil memberi keterangan di mahkamah akan mencorakkan kredibiliti kerajaan, pendakwaraya dan polis dalam menghadapkan Anwar ke mahkamah atas tuduhan yang begitu mengaibkan.
Pendedahan terbaru bahawa pejabat Peguam Negara masih menahan begitu banyak bukti daripada peguam Anwar_satu pencabulan yang jelas di bawah Seksyen 51 dan 51(A) _ hanya meyemarakkan anggapan bahawa sejarah detik hitam perbicaraan Anwar akan berulang...
sumber: TVA
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...