Khamis, Jun 04, 2009
Salahkah menyokong perjuangan Anwar Ibrahim?
Gelombang politik terbesar di dalam negara ini hanya berlaku sebaik sahaja berlaku peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti Umno lebih kurang 11 tahun yang lalu. Sebelum peristiwa tersebut, gelombang politik juga pernah berlaku tatkala berlaku pertembungan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaliegh yang mana mengakibatkan wujudnya Parti Melayu Semangat 46(S46).
Sebelum itu juga, Umno pernah diharamkan sebelum Tun Mahathir menubuhkan Umno Baru yang kekal hingga sekarang. Namun gelombang politik yang menyaksikan pertarungan di antara Umno/Bn dengan Parti S46 yang telah bergabung bersama PAS dan DAP tidak sehebat gelombang yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim selepas tahun 1997.
Saya yakin sesiapa yang membaca kembali sejarah pada awal era reformasi sehinggalah kini, suka atau tidak terpaksa mengakui bahawa pengaruh DS Anwar sememangnya banyak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti-parti pembangkang yang ketika itu begitu mudah diratah oleh Umno/Bn, kecuali kekuatan kental PAS di Kelantan. Natijah daripada fitnah yang telah dilakukan oleh mereka yang cemburu serta dengki dengan pengaruh DS Anwar sehingga menyebabkan beliau dipecat dari kabinet dan parti, pembangkang terus mendapat tempat dihati rakyat. Rakyat sudah tidak lagi meyakini Umno malahan mereka seolah-olah tidak percaya tergamaknya Umno mengkhianati tokoh Melayu yang Pro Islam ini. Tetapi bak kata orang, benih yang baik dicampak ke mana sekali pun tetap akan boleh hidup subur. Secara jujurnya, parti PAS dilihat lebih banyak memakan hasil daripada peristiwa yang berlaku dan saya percaya ini adalah `kifarah’ buat DS Anwar yang mungkin ketika di dalam Umno melakukan beberapa kesilapan di dalam pendekatannya.
Kini, setelah pembangkang mulai mendominasi beberapa buah negeri selepas pilihanraya Ke 12 yang lalu sehingga menyebabkan kerajaan Bn gagal memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sudah terdapat suara-suara sumbang terutamanya di dalam PAS yang seolah-olah menidakkan sumbangan, ketokohan dan jasa DS Anwar. Perkara sebegini tidak pernah timbul sewaktu PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Almarhum adalah seorang yang jujur, tidak pendendam serta bijak berpolitik. Budi Almarhum terhadap DS Anwar sudah tentu tidak terbalas. Pulangnya Almarhum Ustaz Fadzil ke Rahmatullah memaksa DS Anwar menitiskan air mata. Semua ini adalah kisah masa lampau yang amat manis dikenang betapa pemimpin bersatu hati dan sedia bermaafan. Kini, masa berubah apabila melihat kepada kekuatan yang ada pada diri masing-masing.
Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan bermula beberapa minggu sahaja lagi. Sebagai sebuah parti yang telah kuat sudah tentu pendekatan di dalam berkempen berbeza samasekali. Saya mengucapkan syabas kepada PAS kerana sehingga kini masih tetap dengan pendirian tegas berkenaan dasar Islam mereka. Tetapi, saya kurang selesa apabila terdapat beberapa pemimpin yang sering mengaitkan pemimpin yang lain di dalam PAS sebagai `orang DS Anwar’. Apakah dosa DS Anwar sehingga beliau diheret bersama di dalam kancah perebutan kuasa di dalam PAS? Salahkah sekiranya mana-mana pemimpin PAS berbaik serta menyokong perjuangan DS Anwar selama ini? Apakah dengan menyokong perjuangan DS Anwar bermakna mereka meninggalkan prinsip mereka yang termaktub di dalam PAS ?
Semua persoalan ini tidak mampu saya huraikan melainkan pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri. Meskipun saya seorang penyokong DS Anwar tetapi saya juga tetap menyokong serta menghormati pemimpin PAS. Memang benar, mungkin terlalu simpati saya terhadap DS Anwar menyebabkan saya ingin menyuarakan perkara ini kerana bagi saya tidak adil DS Anwar dijadikan bahan tohmahan untuk melemahkan lawan politik sesama mereka. Saya hairan mengapa wujud gelaran pemimpin ini `orang Anwar’ dan pemimpin itu `orang Tuan Guru’. Setahu saya di dalam PAS pemimpin mereka adalah Presiden mereka dan Tuan Guru Nik Aziz adalah Muryidul Am mereka , tiada yang lain dari itu. Umum mengetahui bahawa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah ingin berjauhan dari perjuangan DS Anwar malahan ingin dirapatkan lagi.
Harus diingat bahawa musuh sentiasa berada di sekeliling kita dan jika kita tersilap langkah, musuh akan mengambil kesempatan. Bukan tujuan tulisan ini untuk membela DS Anwar yang bukan seorang yang maksum dan bukan juga seorang Ulamak. Saya sedikit terubat apabila mendengar segala kata-kata Tuan Guru Nik Aziz berkaitan hubungan yang perlu dijaga sesama kita di dalam PR. Jangan dimusnahkan apa yang telah dibina landasannya oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kesihan juga kepada DS Anwar yang tidak mampu mempertahankan dirinya apabila dikaitkan di dalam mainan politik oleh rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Mungkin DS Anwar hanya mampu berkata di dalam hatinya,” Kalau lah Almarhum Ustaz Fadzil masih hidup..
idhamlim
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
salam Bro:
BalasPadamPAS sejak akhir2 ini sudah mula menjadi parti yg hipokrit. Mereka lupa kemasukan beramai golongan profesional telah berjaya membawa PAS sebuah parti menyakinkan daripada konsep lebai yg agak terttutup seketika dulu. Kemasukan golongan profsioannal telah berjaya menarik ramai ahli2 baru terutama glongan remaja dan pelajar IPT tertarik dengan perjuangan PAS dan seterusnya menjadi penyokong kuat parti tersebut. Cuba kita bandingkan parti ini diawal 70an dulu dengan sekarang??