Khamis, Jun 04, 2009
UMNO BN SPR DAH FOBIA DENGAN GAMBAQ BULAN
IDEA TERBARU SPR YANG KELIHATAN SEPERTI ORANG MERACAU KERANA FOBIA DENGAN GAMBAQ BULAN.APAKAH KAITAN UNTUK MEMUDAHKAN ANGGOTA KESELAMATAN UNTUK MENGAWAL KESELAMATAN DENGAN PELEKAT BERWARNA TERSEBUT? SAMA SAJA KALAU LETAK GAMBAR BULAN ATAU DACING.MALAH LEBIH MUDAH BAGI ORANG YANG BUTA WARNA UNTUK MENGENALINYA.
HARAP-HARAP LEPAS NI AKAN TIMBUL PULA CADANGAN LOGO PARTI AKAN DITUKAR KEPADA WARNA SAHAJA.MAKLUMLAH GAMBAQ DACING DAH KUNO.DAH KETINGGALAN ZAMAN DI ERA DIGITAL.MANA ADA ORANG PAKAI TIMBANG KATI LAGI.ORANG DAH PAKAI SISTEM METRIK.ERA ANALOG MENGGUNAKAN DACING TELAH LAMA DITINGGALKAN.
SPR perkenal pelekat kereta berwarna khas
KOTA BHARU: Menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai pada 14 Julai ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan penggunaan pelekat kenderaan berwarna khas buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya, khusus untuk petugas parti yang membawa pengundi pada hari mengundi.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pelekat kenderaan itu merupakan inisiatif SPR bagi membantu usaha memudahkan anggota keselamatan menjalankan tugas semasa mengawal kesesakan lalu lintas, di samping menjaga keselamatan pengundi pada hari mengundi.
Beliau berkata pelekat yang diperkenalkan SPR itu buat pertama kali akan diguna pakai pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai dalam usaha memudahkan anggota keselamatan mengawal lalu lintas serta keadaan sekitar, di samping memastikan pangundi dibawa mengundi di saluran yang betul.
"Pelekat kenderaan berkenaan akan dikeluarkan dengan saiz yang sama mengikut tiga warna mewakili tiga parti iaitu warna biru untuk parti Barisan Nasional, warna hijau untuk PAS, dan warna jingga untuk Bebas," tambahnya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Petugas SPR di sini hari ini beliau berkata, soal mengenai jumlah pelekat yang akan dikeluarkan buat setiap parti masih dalam kajian pihaknya.
Sementara itu Abdul Aziz berkata pihaknya akan menyediakan meja-meja khas di kawasan DUN Manik Urai bagi memudahkan pengundi di kawasan itu menyemak status masing-masing dalam masa terdekat.
Beliau meminta pengundi kawasan itu supaya menyemak status masing-masing dengan segera bagi mengelak timbulnya sebarang masalah, kekeliruan dan kelewatan pengesahan status masing-masing.
"Kami akan sediakan meja tidak kurang dari lima buah di kawasan strategik yang dipilih di DUN berkenaan untuk membantu pengundi menyemak status mengundi mereka, pusat mengundi, saluran serta nombor siri mereka dan kami berharap pengundi dapat menyemak dengan segera," katanya.
Pada persidangan akhbar yang sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata meskipun petugas parti dibekalkan dengan pelekat khas SPR, polis akan memastikan pelekat berkenaan tidak disalah guna pihak tertentu.
"Tidak semestinya ada pelekat mereka boleh bawa masuk kenderaan, berhenti atau letak kereta di mana-mana tempat kerana kami akan sedaiakan tempat khas untuk mereka menurun dan mengambil semula pengundi-pengundi yang dibawa mereka," katanya.
BERNAMA
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Haha.. betoi tu betoi. Patunyer kita buat darurat pada waktu malam. Takda sapa boleh keluaq rumah time malam. So, takda sapa yang akan nampak bulan.
BalasPadam