Isnin, Jun 22, 2009
UMNO PIPI TERSORONG-SORONG
SORRY LA UMNO..PAS TAK MINAT KAT HANGPA. CARI LA ORANG LAIN BUAT PENYAMBUNG HAYAT.NAK BUAT MACAMANA TIADA JODOH ANTARA PAS DAN UMNO. LEPAS NI TAK PAYAH LA PAK-PAK MENTERI CUBA DOK AYAT POWER NAK KAHWIN DENGAN PAS NI.PAS KENA JUAL MAHAL SEBAB ITU HARGA YANG SEPATUTNYA DIBAYAR OLEH UMNO KERANA PERNAH MENGECEWAKAN PAS DI ZAMAN LAMPAU.KATA ORANG HABIS MADU SEPAH DIBUANG.PIIIIIRAH MABUK!!!!MENANGISLAH AYAQ MATA DARAH PUN PAS TAK AKAN KEMBALI BERSAMA.
NASIHAT YANG PALING SESUAI BUAT UMNO ADALAH CUBA CERMINKAN DIRI DULU. JANGAN SAMPAI NANTI ADA ORANG BERKATA HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG.GHENTIKANLAH AYAT POWER NAK AJAK PAS BERSAMA HANGPA.....LUPAKANLAH...PAS SUDAH ADA YANG PUNYA SEKARANG...DULU MASA PAS SINGLE HANGPA TAK NAK MENGORAT!!!LANI PASAI PA PULAK TERGEDIK-GEDIK GATAI NAK BERSAMA? BUANG TABIAT DAH KOT....?
PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: PAS tidak berminat sama sekali untuk mengadakan perbincangan dengan Umno termasuk berkaitan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
"Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Krai, Kelantan semalam, saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuklah atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," kata Mustafa dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan pagi ini.
Kenyataan terbaru ini dikeluarkan tiga hari selepas Mustafa mengumumkan bahawa PAS bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Umno-BN jika ia disertai bersama dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Laporan Bernama semalam yang memetik Muhyiddin menyebut, Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan di kalangan umat Islam.
"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh PAS.
"Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," kata beliau di Kuala Krai.
mstar
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...