Khamis, Jun 25, 2009
UTUSAN MELALAK LIDAH UMNO
Utusan Meloya semalam - Rabu 24 Jun 2009-telah bertukar menjadi Utusan Melalak!
Muka surat 5 Utusan Melalak nyata mencerminkan perasaan orang yang irihati, kecewa, dengki dan sudah nampak jalan untuk masuk ke kubur.Ruangan yang dimaksudkan adalah:-
1. Ruangan Cuit (Zaini Hassan) cuba menanam kebencian terhadap TGNA dengan tajuk Nik Aziz Oh Nik Aziz, tok guru yang hebat…..
2. Gambar pimpinan PAKATAN cuba diberi gambaran ‘Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas manakala Hadi Awang kelihatan serius di meyuarat membincangkan kedudukan pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Idea Hadi itu di tolak’.
3. Rakyat Nilai Sendiri Sikap PAS - Ahmad Zahid Hamidi oleh Pengarang 2 utusan.com.my (Shamsul Amly)
4. Ahli akademik, NGO Melayu kecewa
5. Pembangkang tidak jujur - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Semua tajuk akhbar ini boleh dinilai oleh rakyat samada mereka itu orang UMNO atau bukan UMNO. Sikap media UMNO terhadap PAKATAN RAKYAT nyata bermusim dan tidak ada prinsip. Berminggu-minggu mereka gembar gemburkan PAS akan segerakan Kerajaan Perpaduan dan nyatakan kebaikannya tetapi tiba-tiba mereka bertukar cerita. Rakyat telah lama sedar mainan UMNO/BN dan buat pertama kalinya UMNO/BN terperangkap dengan mainan media mereka sendiri.
Tahniah PAKATAN RAKYAT dan Tahniah Tun Dr Mahathir kerana melihat dengan lebih luas dalam konteks realiti politik yang diidamkan oleh Rakyat Malaysia Baru yang pelbagai bangsa dan agama.
Cuma mungkin yang selalu lupa adalah lidah UMNO - Utusan Melalak..kerana melalak tidak tentu pasal tentang kononnya tentang ketuanan melayu, melayu kononnya hilang kuasa politik, melayu kononnya hilang hak keistimewaan dll sedangkan yang menghilangkan semua itu adalah UMNO/BN. Mereka gunakan isu-isu bangsa semata-mata untuk kekal berkuasa dan kini mereka makin gabrah kerana kuasa yang mereka ada itu tidak kemana jika tanpa restu RAKYAT!
Isu ini mencerminkan ketelusan dan integriri yang cukup baik PAKATAN RAKYAT untuk satu isyarat jelas kepada pilihan rakyat dalam PRU13. - biaqpila.blogspot.com
Petugas No.18, Permatang Pauh
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...