OLEH : NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARI
ALOR SETAR - Institusi wakaf dan zakat mempunyai peranan yang penting terutama dalam pengagihan pendapatan negara secara berkesan melalui peraturan pengagihan pendapatan menurut apa yang ditetapkan oleh Syariah, begitu juga berkaitan dengan perkara yang melibatkan amalan sunnah berhubung dengan penganugerahan hak milik kepada umum yang sangat digalakkan oleh Syariah melalui sistem zakat.
Demikian ucapan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam Majlis Perasmian Pembukaan Muktamar Wakaf dan Zakat di Dewan Sri Negeri, Wisma Darul Aman.
“Ingin saya nyatakan bahawa zakat ini bukannya hanya memfokuskan peneyelesaian masalah ekonomi negara dan menghapuskan kemiskinan bahkan ianya juga merupakan jalan penyelesaian kepada masalah sosial dan kemanusian.
“Islam juga menggariskan bahawa menjadi kefardhuan ke atas mereka yang berada untuk menolong golongan yang tidak berada,” ujarnya.
Selain itu, katanya, institusi zakat dan waqaf perlu merancang untuk manjadi satu sektor yang penting dalam ekonomi negara, sama seperti sektor ketiga (voluntary sector) di negara-negara maju kerana kelebihan kita ialah menurut peraturan yang ditetapkan oleh Allah.
“Dengan itu, kita akan lebih yakin bahawa ia pasti menyelesaikan masalah kerana itulah janji Allah yang Maha Mengetahui tentang peraturan yang terbaik untuk makhluknya,” ujar beliau.
Sebelum itu,Rektor KUIN, Prof. Dato’ Dr Jamil Osman dalam ucapannya menjelaskan tujuan Muktamar Pengurusan Wakaf dan Zakat ini dianjurkan kepada orang ramai.
“Kita semua maklum bahawa wakaf dan zakat adalah merupakan elemen yang sangat penting sebagai salah satu sumber dana kewangan institusi dan negara.
“Wakaf dan zakat mempunyai ruang yang besar dalam membangun ekonomi masyarakat Islam di negara ini manakala usaha penggembeleng wakaf dan zakat adalah satu pendekatan yang sesuai dan berciri maju dalam menyusun masyarakat tempatan seterusnya membangun kekuatan ekonomi ummah,” ujar beliau.
Ibadat wakaf dan zakat ini juga secara khususnya dapat mendidik seluruh umat Islam bahawa setiap individu yang kaya atau golongan berada mempunyai tanggungjawap social disamping mengeluarkan zakat untuk membangun kesejahteraan rakyat.
“Kesejahteraan ummah akan tercapai jika wujudnya suasana masyarakat yang aman serta keadaan ekonomi yang kukuh dan seterusnya mampu mencetuskan pembangunan ekonomi secara berterusan.
“Program Muktamar Pengurusan wakaf dan zakat ini diadakan bertujuan untuk mengembeling idea-idea dan pengalaman dari pakar-pakar di bidang syariah, ekonomi,
Pengurusan dan pengamal-pengamal zakat dari dalam dan luar negara supaya hasil nanti dapat dimanfaatkan oleh pengamal-pengamal zakat dan wakaf di negeri Kedah khasnya serta negara-negara Islam amnya,” ujarnya.
Istitusi Wakaf yang ditubuhkan sejak 1962 ini, kini telah berjaya melahirkan lebih 31,000 graduan, bahkan ada diantaranya menjadi ahli-ahli politik terkemuka negara.
wartakedah
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...