Khamis, Julai 02, 2009

2 OKT dijangka ‘gantung pengajian’




Setapak 1 Julai 7.51pm | Selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM5500 per orang pagi tadi, kedua-dua siswa Universiti Malaya terbabit dijangkakan berdepan pula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dalam masa terdekat.

Demikian, maklum balas En. Ahmad Hilmi selesai menyertai konsultansi Unit Guaman Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) lewat petang tadi.

Menurut waris kepada Mohamad Izzuddin (21) itu, anaknya mungkin akan digantung pengajian oleh pihak Universiti.

Namun, wakil HEPA Puan Thanavathi K. Krishnan tidak pula memaklumkan berapa penggal kedua-dua OKT itu akan digantung pengajian.


Thanavathi juga memaklumkan bahawa apa yang dijelaskannya itu adalah info tidak rasmi, sekadar konsultansi undang-undang.

Beliau juga menasihatkan agar waris terbabit bersabar dan tidak menghebah-hebahkan pra-kehakiman itu kepada awam.

Ditanya adakah pra-hukuman itu dimaklumkan kepada waris OKT Mohd Syahruldin (21), En. Rosli dilaporkan tidak menyertai Hilmi petang tadi.

Kedua-dua OKT mengaku tidak bersalah di kandang perbicaraan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas empat pertuduhan berat berhubung isu menconteng ‘anti-Rosmah’, ‘Altantuya c4′ dan ‘Rosmah Perempuan Puaka’ di dinding Universiti Rabu lepas.

Hilmi merakamkan penghargaan kepada beberapa siswa Universiti yang berkunjung ke kediamannya, di sini. -UMtoday


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...