Selasa, Julai 28, 2009

GHAIRAH UMNO PULA BAGAIMANA?




Laila Majnun : Kiasan Tuan Guru Nik Aziz

Oleh: Anwar Ibrahim

Terdahulu saya rakamkan ucapan terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai di tempat kelahiran saya, Sungai Bakap; Sungai Acheh dam Sungai Chenaam serta Jawi kerana memberikan sambutan hangat kepada kami semalam. Walaupun dewan dikunci dan medan agak gelap, namun semangat yang dipertontonkan seolah-olah Nibong Tebal ke arah zaman pencerahan!

Tuan Guru Nik Abd Aziz hari ini secara terbuka menafikan hebahan media Umno mengenai kerjasama Umno-Pas.

Jelas kelihatan Umno semakin terdesak rentetan dukungan yang kian terhakis. Satelah gagal dengan fitnah, ugutan dan sogokan, mereka bersilih ganti untuk mengadu-domba.

Mereka kini sudah sampai ke tahap kegilaan, mengemis perhatian Pas. Anihnya lagi ialah kaedah kotor yang digunakan, rekayasa kenyataan kononnya ’sahih’ daripada Tuan Guru Nik Aziz. Kemudian diatur pula ulasan demi ulasan dan digembar gembur di media mereka.

Sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, bertubi-tubi serangan dilancar ke atas batang tubuh Tuan Guru, kini ghairah sekali menjulang Tuan Guru. Wah, telunjuk lurus kelingking berkait.

Nah, sekarang Tuan Guru Nik Aziz menafi keras, menuding media Umno selaku pembelit dan pimpinan Umno yang asyik maksyuk dengan pertemuan hingga ke tahap kegilaan.

Hanya kegilaan Laila Majnun terpancar dari cinta sejati…. Ghairah umno pula bagaimana?

ANWAR IBRAHIM


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai

3 ulasan:

  1. Kami sanggah SEKERAS-KERASNYA kenyataan Tok Guru Nik Aziz bahawa Umno Ibarat Laila Majnun.

    Salah tu Tok Guru.. bukan Majnun.. tetapi 'orang gila talak'.

    Dulu masa kita (PAS) jadi bini muda dia (Umno) dan diajaknya kita duduk serumah, kita ikut aja apa kata mereka.

    Tapi dalam keadaan kita setia dan patuh pun, mereka boleh main kayu tiga. Curang dan mula menyakitkan kita..

    Mereka (Umno) cerai kita (PAS) dengan talak 3 sekaligus. Dihalaunya kita keluar dari rumah (BN) tanpa sedikit pun mereka menoleh dan memandang kita. Dilayannya kita bagai pengemis. Hina sungguh kita pada masa tu di mata mereka.

    Kita pun bawa diri... mulakan hidup baru. Berdikari. Buka warung kopi, berniaga kecilan untuk sara diri. Berkat sabar dan kebergantungan kepada Allah, perniagaan kita maju. Pelanggan makin ramai, masakan kita dipuji.

    Dari warung kopi, kita mula buka restoran besar milik sendiri. Dalam dok menyendiri, kawan-kawan (PKR & DAP) menawarkan diri untuk membantu. Salam dihulur kita sambut.

    Keluarga kita makin besar, urusan kita makin banyak, bisnes kita makin lebat. Tau-tau bekas Tok Llaki (suami) iaitu Umno yang ceraikan kita tahun 1978 dulu dok gila nak rujuk kembali.

    Dari rumah sampai lah ke kedai kopi, habis dijajanya cerita kita dan dia nak kembali, berpadu dan 'berkawin' semula.

    Kini, selepas kita selesa dengan kedudukan yang ada, dan bekas suami (Umno) yang dulu kaya raya dan ramai kawan mula hidup merempat dan dibuang, mula nak balik dengan kita kembali.

    Itu lah namanya bekas suami (Umno) yang GILAKAN TALAK yang diberi kepada bini (PAS).

    Kita jawab begini... usah kamu (Umno) datang lagi, aku (PAS) dah ada pengganti, lebih ikhlas dan lebih mengerti.. dari kamu (umno) yang bersifat pendengki, penuh dendam hasrat dihati, dipalit rasuah, bunuh dendam yang meracuni.

    Selamat Tinggal Umno yang kini hampir mati...

    BalasPadam
  2. Gila meroyan lagi brutal beb!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...