Khamis, Julai 23, 2009
GMI Serah Memorandum Kepada Istana
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Seramai 10 orang wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada Khamis menyerahkan memorandum pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Istana Negara.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal istana itu tengah hari tadi.
Syed Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum itu berkata, GMI turut memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 1 Ogos ini bagi menyampaikan apa yang dipanggil 'Deklarasi Rakyat' membantah ISA.
"Pada hari itu, kita jangkakan 100,000 orang termasuk wakil NGO dan parti politik akan berkumpul di hadapan Sogo dan Masjid Jamek dan kemudian akan berarak ke Istana Negara bagi bagi menyampaikan deklarasi itu" katanya.
Beliau berkata GMI akan membuat permohonan kepada polis bagi mendapatkan permit untuk tujuan itu.
-- BERNAMA
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Wajib hapuskan hukuman tanpa bicara ini. Cukuplah menzalami pihak yang tidak diberi peluang dan ruang untuk membela diri.
BalasPadamKursus Rawatan Terapi al-Quran (Rawatan Sihir, Makhluk Halus, Santau) Klik di alamat di bawah:
http://ibanmuslim.blogspot.com/2009/07/kursus-rawatan-terapi-al-quran-santau_3198.html
Sekian, Terima kasih