Khamis, Julai 16, 2009

HIKAYAT UMNO TERKANGKANG DI MANEK URAI


Tu la..jangan buat leceh...lain kali jangan perlekeh penjual ikan...


ADAPUN diceriterakan orang, di dalam media termasuk dalam blog pro Umno menyebut Peraih Ikan Calon Pas di Manek Urai menang `nyawa-nyawa ikan'. Ertinya Umno akui juga Pas menang walaupun pahit dan terketar-ketar lidah mereka nak sebut Pas telah menang. Lagi lah terkelu lidah nak sebut Umno `terkangkang' di Manek Urai. Jadi, nak menyedapkan hati, mereka pun sebut Pas menang nyawa-nyawa ikan. Maknanya Pas masih bernyawa, Umno bagaimana? keh!keh!keh!

Biar aku jawab soalan aku tadi pasal puak-puak Umno tak akan jawab punya. Umno sebenarnya sudah tidak bernyawa!! Terimalah hakikat bahawa Umno telah pun menjadi `mendiang' di Manek Urai. Takpe, sabar je lah wahai pewaris-pewaris dan kaum kerabat `mendiang' Umno. Mungkin Tuhan lebih kasih kepada Umno maka diambilnya Umno. Tak sia-sia sebelum ni aku pesan kat orang-orang Pas di Manek Urai untuk siapkan batu nisan dan gali siap-siap lubang lahad untuk persemadian Umno. Alhamdulillah, jangkaan aku tepat sekali.

Cuma jangkaan aku sikit meleset pasal Umno kat Manek Urai ini. Aku mati-mati ingat Umno akan disemadikan dengan luka yang parah sekali akibat penangan Peraih Ikan. Rupa-rupanya tidak, Umno selamat disemadikan dengan cedera yang agak ringan. Tapi, mati tetap mati. Sasaran kita pun nak matikan Umno kat Manek Urai. Mungkin kecederaan ringan tu adalah kerana senjata yang digunakan oleh Peraih Ikan kurang berkesan dan mungkin agak tumpul sikit. Takpe, lain kali kita tajamkan sikit. Yang penting Peraih Ikan sudah membuatkan Umno `terkangkang' di Manek Urai. Sebelum aku tutup hikayat `Umno Terkangkang' ini, aku nak tanya sikit komen korang semua. Agak-agak korang raja katak Pasir Mas lepas ni nak cakap apa?

mandor

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

4 ulasan:

  1. katak oh katak kenapa panggil hujan
    cammana tak panggil hujan abe uji gi tangkap ikan
    abe uji abe uji kenapa tangkap ike
    cammana ku tak tangkap manik urai undi abe

    BalasPadam
  2. Memang nampak sangat penyokong PAS adalah terdiri daripada orang-orang bodoh.Walaupun PAS menang, tetapi kali ini hanya majoriti 65 undi berbanding 1,500 PRU lepas.Jadi tidak perlu bangga kerana undi telah merosot.Kepada penyokong yang bodoh, saya boleh ajarkan cara analisa dan bukan membuta tuli macam dok sembah Nik Aziz.Sebab tu lah Kelantan bawah PAS negeri paling mundur di Malaysia.Kalau PAS tadbir negara,Malaysia akan lebih daif dari Indonesia kerana diperintah dan disokong oleh orang bodoh.

    BalasPadam
  3. keh..keh..keh...bodoh2 pun menang gak...cerdik2 pun terkangkang gak..keh..keh..kehh...rasuah jambatan, lama2 umno dok bawah jambatan...keh...keh..keh....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama17/7/09 6:45 PG

    tanpa nama 10.50pm janganlah gah sangat bodoh bodoh tok nik tu tak dapat bn/umno tipu,dia ajak rakyat mendekati tuhan,menginggatkan kita dunia adalah jambatan sementara untok yang lebih abadi.bn/umno nak beri jambatan?jamban tan adalah,fikirlah sendiri dek awak sorang sorang.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...