Rabu, Julai 15, 2009

Kemenangan tipis satu peringatan untuk Pakatan




MANEK URAI, 14 Julai: Kemenangan tipis PAS kali ini dilihat sebagai satu peringatan kepada Pakatan Rakyat dan PAS agar sedar segera.

"Kami mahu pemimpin Pakatan sedar, kami orang bawah ini tidak mahu melihat pemimpin bergaduh dalam media dan memberikan persepsi negatif kepada umum," kata seorang ahli PAS dari Kemaman.

Sejak kebelakangan ini, tanpa mengambil kira parti mereka sedang bertanding dalam pilihan raya kecil Manek Urai, para pemimpin Pakatan saling serang menyerang antara mereka di depan umum.

DAP Kedah membuat kenyataan menarik diri dari kerajaan Pakatan di negeri itu manakala di Selangor Pemimpin PKR, Azmin Ali mempertikaikan Exco kerajaan negeri Selangor.

Anggota Parlimen PKR Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula mendakwa seorang Exco Selangor berurusan dengan kumpulan kongsi gelap di pejabatnya.

Ekoran itu, cabar mencabar dan ugut mengugut berlaku.

Bagi menanganinya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar Pakatan Rakyat menubuhkan Jawatankuasa Disiplin untuk menjaga tatatertib pemimpin mereka.

Retreat pimpinan PAS Sabtu dan Ahad ini di Alor Setar dijangka akan menjadi perbincangan panas dengan apa yang berlaku ini sebelum kata sepakat tercapai di kalangan mereka.

siasahdaily

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Satu lagi pemimpin PAS jangan dok cakap besaq. Rujuk Malaysiakini,Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Kita sudah menang 2,000 undi (http://www.malaysiakini.com/news/108468)

    Lain kali jangan cakap besar, Tuhan marah....

    BalasPadam
  2. PAS nak buat 'post mortem'.

    Biasanya orang kalah yang akan buat 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara kalah teruk di Bangkok buat post mortem. Kalau Pak Cu Mael kalah lawan burung ketitir pun dia buat post mortem pasai selalu dok jadi juara.

    Post mortem dibuat pasai nak cari punca kalah. Dalam PRK Manek Urai, UMNO yang kalah. Maka UMNO yang kena buat 'post mortem'.

    Tapi PAS yang menang pun nak buat 'post mortem'. Ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai.

    Macam mana pun PAS boleh senyum pasai menang tapi hati di dalam menangis pilu sebab undi merosot. UMNO juga boleh senyum pasai dapat kurangkan majoriti undi tapi hati di dalam menangis juga kerana patutnya BN boleh menang.

    PAS dan UMNO boleh menyanyu lagu "senyum dalam tangisan"!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...