Khamis, Julai 30, 2009

Lagi bayi dua kepala dilahirkan


SEORANG jururawat memeriksa bayi perempuan berkepala dua di Hospital Memorial Jose Fabella, Manila semalam.

MANILA - Selepas bayi dua kepala meninggal dunia di Pekanbaru, Indonesia kini muncul bayi yang sama tetapi dilahirkan di Filipina kelmarin.

Secara kebetulan, bayi dua kepala di Filipina itu lahir pada hari kematian bayi berkepala dua lelaki di Indonesia.

Namun, doktor-doktor di Hospital Memorial Jose Fabella di sini berusaha menyelamatkan bayi tersebut yang kini berada di unit rawatan rapi.

Bayi perempuan itu merupakan anak kepada pemandu beca roda tiga, Salvador Arganda dan isterinya, Chateria.

Seorang jurucakap hospital itu berkata, bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, bayi itu mungkin meninggal dunia jika ujian mendapati tubuhnya mempunyai satu jantung.

"Jika bayi itu mempunyai satu jantung, mereka tidak akan hidup lama," kata jurucakap tersebut.



GAMBAR menunjukkan bayi lelaki berkepala dua yang meninggal dunia di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia kelmarin.



Seorang doktor di hospital itu menyatakan ia merupakan kes yang pertama dicatatkan di hospital tersebut.

Namun, kes yang serupa pernah dilaporkan di beberapa buah hospital lain sebelum ini di Manila.

Sebelum ini seorang doktor di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia mengesahkan bayi lelaki berkepala dua yang menjadi tumpuan umum meninggal dunia akibat kegagalan organ berfungsi.

Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia pada Selasa lalu.

Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot. - Agensi


kosmo

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...