Isnin, Julai 06, 2009
Manek Urai : Apabenda tu?
Ini bukanlah gambar Mak Nik.Sekadar hiasan untuk rambut mengurai.
Nama Manek Urai berasal daripada Mak Nik Rambut Mengurai
KUALA KRAI: Pada hari-hari biasa, Manek Urai, adalah sebuah perkampungan kecil yang tenang jauh daripada kesibukan bandar, cuma sekali sekala kedengaran deruan kenderaan yang melintasi kawasan ini dari Kelantan untuk ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.
Lebih 80 peratus daripada 30,000 penduduk Manek Urai, yang mendiami kawasan perkampungan Melayu yang berselerakkan di sepanjang Jalan Kuala KraiGua Musang, bergantung kepada hasil getah sebagai punca rezeki.
Mungkin yang istimewa di Manek Urai dan menjadi tumpuan sebelum ini ialah deretan gerai lemang di tepi jalan, dan 'durian kunyit' yang mencecah sehingga RM25 sekilogram.
Bagaimanapun, landskap jajahan yang sarat dengan bukit bukau dan sungai yang mengalir lesu mula berubah wajah sejak 22 Mei lalu berikutan kematian anggota Dewan Undangan Negeri Ismail Yaacob, yang menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan pada 14 Julai ini.
Hari ini kawasan terpencil ini tibatiba menjadi tumpuan ramai, sehingga ada yang tertanyatanya bagaimana Manek Urai mendapat namanya.
Ada yang menyangka nama tempat ini berasal dari untaian kalungan manek yang terurai namun menurut cerita orang tuatua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang perempuan bernama Mak Nik Urai.
Seorang penduduk tempatan Abdullah Jusoh, 64, berkata pada zaman dahulu ada seorang wanita jelita dikenali sebagai Mak Nik menetap di kawasan ini.
Gambar hiasan.
"Mak Nik terkenal dengan kejelitaannya dan rambutnya yang panjang mengurai, jadi lahirlah nama Manek Urai. Begitulah yang saya dengar daripada orang duludulu," kata Abdullah yang berasal dari Kampung Laloh, di sini.
Cerita ini diakui oleh Penggawa Daerah Olak Jeram, Abdul Rahim Abdul Rahman, yang berkata asal nama Manek Urai yang diketahuinya memang diambil sempena nama Mak Nik Urai.
Katanya keluarga Mak Nik Urai yang berasal dari Selatan Thailand merupakan golongan terawal menetap di kawasan yang berkeluasan 757.6 km persegi itu.
Ada pelbagai versi dari mana kawasan ini mendapat namanya, tetapi ramai orang tuatua di sini mengatakan ia diambil daripada nama Mak Nik Urai yang menetap di Kampung Pasir berhampiran landasan kereta api sekitar tahun 1940an.
"Keluarga Mak Nik Urai yang bekerja sebagai petani dan penoreh getah terus bertambah dan membuka penempatan lain di seberang landasan kereta api itu," katanya.
Manek Urai ditadbir di bawah Daerah Olak Jeram yang merupakan satu daripada tiga pecahan daerah dalam Jajahan Kuala Krai.
Jajahan Kuala Krai, iaitu jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang, juga meliputi daerah Batu Mengkebang dan Dabong.
Daerah Olak Jeram meliputi 10 Mukim Penghulu iaitu Chuchoh Puteri, Gajah Barat dan Timur, Lata Rek, Manek Urai Selatan dan Utara, Manjor Selatan dan Utara, Peria serta Sungai Sam.
Manek Urai juga terkenal dengan pusat perkelahan air terjun Lata Rek yang terletak di Kampung Laloh, 30 kilometer dari bandar Kuala Krai. BERNAMA
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...