Selasa, Julai 14, 2009

MANEK URAI : LAPORAN TERKINI 6 PTG



5:45 petang - PAS dijangka memenangi PRK dun Manek Urai dengan lebih 2000 majoriti.Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu,Mohd Fauzi Abdullah sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ini dikuatkan lagi dengan kepulangan awal taukey jambatan dari Manek Urai.


5.30 petang - Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang ini.Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, dekat sini dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

5.00 petang - Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam.

4.55 petang - Di Temali, seramai 350 orang berhimpun di hadapan pusat pembuangan undi (50%Pas dan 50% BN)%

4.52 petang - 10 minit sebelum tamat masa pengundian, peratus keluar mengundi sebanyak lebih kurang 86%

4.40 petang - Kemalangan di hadapan Sek. Keb. Sungai Perial, Nadiah Mohd Kamil, 24, dari Kuala Kangsar cedera di bahagian mulut diiringi pegawal keselamatan PAS.

4.39 petang - Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali

4.31 petang - Calon BN meninggalkan UPU Temalih bersama pengiring-pengiringnya dengan bermotorsikal

4.30 petang - YB Takiyuddin berada di Sekolah Manik Urai Baru

4.16 petang - Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali

4.15 petang - Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84 %
Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial


3.56 petang - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

3.50 petang - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

3.47 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa

3.46 petang - Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria

3.30 petang - Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter

3.20 petang - Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai

3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS dari Kuala Kangsar, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...