Jumaat, Julai 03, 2009
MANEK URAI - Memang Betoi Pilihanraya Membaziaq
Memang Benar ! Pilihanraya Membazir
MANEK URAI – Memang benar, dan tepat sekali apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak
Najib berkata pilihanraya kecil adalah membazirkan jutaan ringgit wang rakyat, oleh itu, Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang. (Gambar - Kanopi didirikan untuk polis di UPU Laloh)
Walaupun kalah pada PRK Penanti, BN patut dipuji kerana dapat menyelamatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai Malaysia.
Kata-kata Najib umpama ‘hikmat’ itu yang terbukti benar di PRK Penanti sepatutnya menjadi ikutan dan pegangan BN dan mengambil keputusan tidak bertanding di PRK Manek Urai.
Namun, terbukti ‘benar dan tiada lain yang benar, kecuali benar-benar berlaku pada PRK Manek Urai apabila BN bertanding.
Pembinaan 5 blok kanopi mega di belakang balai polis Laloh, disini, bakal menyaksikan kebenaran kata-kata Najib, dan rakyat akan kerugian berjuta ringgit sekali lagi.
Kanopi tersebut akan menempatkan ribuan polis yang juga memakan belanja jutaan ringgit sebagaimana yang berlaku dalam PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang.
Itu tidak termasuk pembinaan pusat operasi BN Manek Urai yang juga dibangunkan dengan kanopi hampir sama dengan pembinaan bagi kediaman polis !
Berapa juta pula wang yang akan digunakan untuk ‘menyogok’ pengundi ?
Temubual wartawan Buletinonline dengan para petugas BN mengesahkan bahawa ‘faktor wang’ akan digunakan dalam pilihanraya kali ini sebagaimana amalan BN sebelum ini.
buletinonline
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
artikel yang dipaparkan datang dari orang yang tidak menganalisa fakta kenyataan PM. PRK mana demokrasi(oerlu pertandingan) dan mana tak demokrasi(jangan layan sebab bazir duit rakyat)
BalasPadamDari ahli pas baru(parti bukan pencacai DAP)
PRK merupakan tmpt pihak pembangkang menjatuhkan kerajaan..duit kerajaan utk setiap PRK diturunkan untuk menolong rakyat bukannya untuk membebankan rakyat tetapi telah disalah tafsir oleh pihak pembangkang dan penduduk telah ditanam dengan pemikiran yang salah..Seharusnya sesebuah PRK biarlah berlaku dalam keadaan yang sihat dan aman tanpa perbalahan.
BalasPadamaku nak kenal juga siapa petugas BN tu.. tolong bagi nama dan jawatan sekali
BalasPadamjgn suka menfitnah...Pakatan Rakyat sudah selalu sinonim dgn fitnah...suatu hari nanti dapat bala dari Allah,...org lain pun terkena sama...nak buat dosa pun agak2 la.
BalasPadamIsu di Penenti wakil P.R saja2 suka hati mak bapak letak jawatan...syok sndiri...
Tp di Manek Urai sebab kematian...jgn lah sempitkan pemikiran mcm ketua kerajaan P.R.
weh,...aku dpt info yg Pemuda PAS sokong UMNO kat Manek Urai...
BalasPadamSumber dalaman PAS bg tau,...fahaman erdogan shj yg sokong Fauzi Ikan tu...ni sebab Fauzi tu sblm ni ahli PKR.
Saya rasa teruja apabila melihat sendiri Markas sementara Polis di Chuchoh Puteri ,dengan jumlah penghuni mungkin boleh memuatkan seribu anggota.Dalam hati saya kos berkenaan mungkin dalam jutaan ringgit.Jumlah pengundi disitu hanya lah seribu lebih aje,Penduduk kawasan tersebut tidak putus-putus datang melihat sendiri dan terpegun markas tersebut yang begitu moden dan tidak pernah melihatnya sebelum ini.Dalam keadaan begini siapa yang rugi dan siapa yang untung.Yang rugi rakyat dan yang untung kontraktor yang menyediakan markas tersebut.Dalam ertikata lain pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.....
BalasPadam