Selasa, Julai 07, 2009

Manek Urai : Pemimpin PR konfiden PAS menang




Pemimpin Pakatan yakin Manek Urai kekal di bawah PAS

Salmah Mat Husain, Md Yusri Amin

Mengambil kira situasi yang berlaku pada penamaan calon pagi tadi, ramai pemimpin Pakatan Rakyat melahirkan keyakinan arus kebangkitan rakyat pada Mac 2008 terus membadai Manek Urai.

Indikator yang menjadi ukuran iaitu kehadiran begitu ramai penyokong PAS yang memenuhi Masjid Jauhar seawal jam 7 pagi. Ketika solat hajat pada jam 7.45 pagi orang ramai sudah memenuhi perkarangan masjid tersebut yang terletak di simpang tiga ke bandar Kuala Krai - Gua Musang dan Kota Bharu.



Kemudian mereka berarak sepanjang 1.5 km yang sendat dengan orang ramai. Sepanjang laluan ada pula orang menjual pelbagai barangan. Sebaliknya penyokong Barisan Nasional (BN) dan Umno seolah-olah kehilangan semangat.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan PAS akan terus mempertahankan Dun Manek Urai pada 14 Julai ini apabila mengambil gerak kerja PAS dan Pakatan Rakyat yang berpadu tenaga.

Katanya, mengambil kira sokongan orang ramai tiada sebab PAS tidak mampu mempertahankan Dun tersebut.

"PAS InsyaAllah akan mempertahankan Dun tersebut mengambil kira apa yang berlaku di Kuala Krai hari ini, katanya.

Beliau turut memuji perjalanan proses penamaan calon tersebut kerana berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Presiden PAS juga berkata, isu kerajaan perpaduan yang cuba digembar gembur pemimpin Umno melalui media massa sebelum ini tidak berjaya apabila PAS tidak memberi ruang.

"Malah apa yang berlaku hari ini menggambakan kesepaduan pemimpin Pakatan Rakyat yang berganding tenaga mempertahankan Dun Manek Urai.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir antaranya, Penasihat DAP, Dr Tan Seng Giaw, Penolong Setiausaha Agung, Teressa Kok, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategik KeADIlan, Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Ustaz Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, keadaan sebaliknya berlaku pada BN apabila Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak tidak hadir bagi memberi sokongan kepada calon BN di Manek Urai.

"Ini menimbul satu persoalan sama ada beliau merasakan harapan BN untuk merampas Dun Manek Urai begitu samar sehingga dia tidak hadir hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra di sini.


harakahdaily


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

6 ulasan:

  1. KITA BUKAN HANYA MAHU PR MENANG...KITA MAHU CALON DARI SETAN PUKIMAK TU KALAH TERUK

    kah kah kah kah...PENGURUS KESEDAR YANG TAK SEDAR...kah kah kah

    PEGAWAI KESEDAR YANG TAK SEDAR...kah kah kah kah...BARU DIUMUM JADI CALON DA MELOMPAT GUMBIRA MACAM SETAN

    kah kah kah kah...MEMANG ITU SIFAT2 SETAN PUKIMAK...amat gumbira kalau jadi calon SETAN PUKIMAK

    BELUM MENANG BERTANDING DAH MELOMPAT MACAM SETAN...kah kah kah kah

    EXORA PUTIH APA KHAAR...kah kah kah...JANGAN LUPA UNTUK BAWA KERANDA SETAN DALAM PRU-13 NANTI
    ...kah kah kah

    [TERER]

    BalasPadam
  2. PAS kalau menang memang koi tak heran, orang Kelantan ni dah taasub sangat PAS itu parti Islam tapi hakikatnya Allah saja yang tau.. Rakyat Kelantan yang mengundi PAS adalah tergolong dalam orang-orang yang kerugian...

    BalasPadam
  3. Woi tanpa nama awat hang guna bahasa kesat sangat ha, mengata orang setan hang tu ikut langkah setan.. Inikah pengikut PAS yang Islam sangat tu.. Kot-kot hang dulu masuk neraka...ha...ha tak sedar diri punya orang.

    BalasPadam
  4. oitt poyo...BIAR GUNA PERKATAAN KESAT...ASALKAN JANGAN TELAN DAN MENGKEDARAH HARTA RAKYAT

    kah kah kah kah...BUAT APA GUNA BAHASA LEMBUT BERHEMAH....BELAKANG RAKYAT TELAN HARTA RAKYAT KIRI KANAN

    LEPAS TU NAK TERUS KELENTONG MELAYU...MELAYU NGANGA...SETAN PUKIMAK KENYANG

    kah kah kah kah...RUMAH BUNGLOW SETAN RM3JUTA...RM24JUTA...kah kah kah...SEMUANYA JUTA-JUTA

    MELAYU NGANGA...SETAN GEMUK...kah kah kah

    [TERER]

    BalasPadam
  5. kah kah kah kah...kah kah kah...TOK NIK AZIZ KATA UMNO SESAT...kah kah kah kah

    BUKAN SESAT...TAPI...SETAN...kah kah kah kah

    MEMANG SETAN...MELAYU KURUS KERING...SETAN PUKIMAK GEMUK...kah kah kah kah

    NADI RAKYAT...? kah kah kah kah...BUKAN NADI RAKYAT...TAPI...NADI SETAN!!!! kah kah kah kah

    [TERER]

    BalasPadam
  6. pancar selatan7/7/09 2:51 PTG

    Wa harap PRK di Manek Urai, akan berjalan dlm suasana yg di rahmati olehNya. Usaha dan doa dari kedua dua parti yg bertanding adalah syarat utama utk menuju kemenangan. Utk para penyokong UBN, jgn terlalu ghairah utk memenangi PRK ini. PAS bukanlah sebuh parti yg 'kecik anak' utk UBN tewaskn. Dlm suasana politik skrg, apa pn boleh berlaku. Perlu di ingat, sesungguhnya Allah akn membantu parti2 yg berjuang atas keikhlasan dan bukan 'ada udang di sebalik batu'. Samada UBN atau PAS yg akan memenangi PRK ini, wa harap terimalah keputusan nanti dgn hati yg ikhlas. Mungkin PAS, mungkin jg UBN. Sama2 lah kita nantikan.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...