Khamis, Julai 30, 2009
SPRM Langgar Undang- Undang Siasat Saksi Lebih Masa
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata Malaysia sedang menuju sebuah negara gagal berikutan ketidakmampuan pihak berkuasa menangani korupsi dinegara ini.
Beliau menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani korupsi, kini mengalami krisis parah kerana dilihat sering diperkuda oleh parti pemerintah untuk memenuhi agenda politik UMNO- BN.
Badan kerajaan itu cuba memulihkan keyakinan rakyat dengan menukar nama dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun prestasi yang ditonjolkan SPRM akhir- akhir ini memualkan rakyat dengan tindakan mereka menghalalkan cara melicinkan strategi UMNO Barisan Nasional menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
16 Julai lalu, SPRM mengejutkan banyak pihak berikutan kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang menjadi saksi kepada dakwaan salah guna wang peruntukan DUN negeri Selangor.
Teoh dikatakan disoal siasat hampir 10 jam bermula jam 6 petang sehingga jam 3.45 pagi. Pemerhati politik dan orang ramai mempersoalkan mengapa SPRM bertindak sedemikian walhal mereka hanya diperuntukkan masa bermula 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.
"SPRM tidak menggunakan cara- cara dan tatatertib yang betul yang telah diperuntukkan oleh undang- undang. Satu yang telah dilanggar oleh SPRM adalah semua saksi perlu dilepaskan sebaik saja pukul 8 malam," kata Charles.
"Seseorang yang disoal siasat mesti sebelum pukul 8 iaitu selepas pukul 8 tak boleh soal siasat," tambahnya lagi.
Santiago mengulas pendedahan yang dibuat bekas pegawai SPRM, Mohamad Ramli Manan yang mengatakan SPRM telah melanggar undang- undang kerana menahan dan menyoal siasat saksi melebihi masa yang telah ditetapkan.
Mohamad Ramli Manan merupakan Timbalan Pengarah BPR yang kini dikenali SPRM di negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan sebelum dilantik menjadi Pengarah BPR di Kelantan, Melaka, Johor dan Sabah.
"Mengenai mendiang Teoh, dia telah disoal siasat dari pukul 6 petang sehingg 3.45 pagi. Tapi bukan dia saja. 3 minggu seorang wartawan Malay Mail telah disoalsiasat dari pukul 5 sehingga pukul 3 pagi. Cik Manan kata ini cara baru yang digunakan oleh SPRM yang membelakangkan peruntukan oleh kerajaan persekutuan," dedahnya lagi.
Santiago hanya tergelak sinis apabila diajukan soalan mengenai siapakah yang bertanggungjawab mengambil tindakan kepada SPRM yang secara terang- terangan melanggar peruntukan yang ditetapkan oleh kerajaan pesekutuan.
"Ini soalan bernilai 100 juta dolar Amerika. Sebenarnya sekarang, tidak ada keyakinan rakyat pada SPRM yang tulus dan berkecuali. Oleh sebab itu apa- apa perubahan yang mereka buat tidak mendapat keyakinan rakyat. Sebenarnya ada undang- undang yang menentukan apa yang SPRM boleh buat dan apa yang tidak boleh mereka buat," ujar Charles.
"Kita mesti menggunakan kuasa rakyat. Dimana semua rakyat dan badan- badan belia, persatuan pekerja, rukun tetangga, badan- badan NGO dan sebagainya dan badan- badan politik mesti menekan pihak SPRM supaya menjadi telus," katanya.
Sementara itu, TV Antara turut menghubungi Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang pernah menjadi mangsa soal-siasat SPRM sehingga ke awal pagi keesokan harinya.
Sepanjang tempoh soal- siasat itu, beliau dikurung dalam bilik tanpa penghawa dingin dan disoal sehingga jam 2 pagi. Sepertimana Teoh, beliau juga dipanggil ke SPRM sebagai saksi.
"Dia patut ada undang- undang untuk tetapkan waktu siasatan untuk ambil kenyataan. Di pejabat SPRM Shah Alam pukul 2 3 pagi sudah tidak ada pengahwa dingin. Ini salah guna kuas," ujar Manikavasagam.
"Saya dipanggil sebagai saksi untuk memberikan keterangan tapi saya disoalsiasat sampai pukul 2 pagi," tambahnya lagi.
"Dibawah akta polis, polis ada kuasa untuk siasat seseorag dari pagi pukul 8 sampai pukul 6 petang. Bila saya persoalkan SPRM mengapa saya ditahan sehingga jam 2 pagi pihak mereka tidak boleh jawab," katanya.
tva
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...