Isnin, Julai 06, 2009
UMNO BN : 80 nekad keluar parti
SELANDAR – Seramai 80 penduduk Kampung Pondok Kempas mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) kerana berasa hampa apabila bantahan pembinaan memorial tanah perkuburan yang mereka lakukan sebelum ini tidak dilayan.
Bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Pondok Kempas, Kalsom Rejab, berkata, tindakan itu adalah sebagai tanda protes mereka berikutan kecewa kerana tiada seorang pun pemimpin negeri turun padang bagi membantu menyelesaikan kemelut yang sudah berlaku sejak Mei lalu.
Bagaimanapun, menurutnya mereka tidak bercadang untuk masuk ke mana-mana parti politik selain BN kerana masih menyayangi parti terbabit.
“Sebelum ini sudah dua kali kami membuat bantahan, tetapi tiada seorang pun wakil rakyat atau pegawai turun padang berjumpa kami bagi berbincang cara untuk mengatasi perkara ini.
“Malah, kami berasa amat kecewa apabila menerima ugutan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bantuan akan ditarik balik, akan ditahan polis dan melabelkan sesetengah kami menyertai Pakatan Rakyat.
“Kami berasakan UMNO di peringkat cawangan, bahagian, negeri tidak mampu membela nasib rakyat bawahan seperti kami.
“Sepatutnya mereka tidak menerima sebarang ugutan atau penghinaan tetapi pemimpin atas sama-sama membantu dan berbincang terhadap masalah itu,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Katanya, mereka adalah pengundi setia BN dan ia jelas terbukti apabila setiap kali pilihan raya, BN pasti memenangi kawasan berkenaan.
Kalsom berkata, keadaan yang berlaku juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan sekarang ini.
sinarharian
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Laaa... setakat merjuk jer?
BalasPadam