Rabu, Ogos 05, 2009

EKSPEDISI MENUNTUT UPAH DEMO



Satu ekspedisi untuk menuntut upah demo sabtu lalu akan diadakan hujung minggu ini.Menurut sumber yang enggan dan malu untuk dikenali,ekspedisi kali ini terpaksa diadakan memandangkan sudah terdapat kekecohan bahawa adanya upah yang diperolehi oleh anak-anak muda yang berwajah sinis.Beliau bagaimanapun hairan dari mana berita angin tersebut diperolehi kerana secara tiba-tiba rakyat dikejutkan oleh berita merapu sedemikian rupa.

"Sukar di kalangan intelektual macam saya untuk mempercayai perkara ini,kalau anak kambing yang baru lahir mungkin percaya",kata sumber itu sambil tersengih menampakkan gigi emas buatan Jerman yang dipasang ketika era hippies suatu ketika dulu.

"Banyak betul duit PR nak bagi kat depa yang demo sabtu lalu..entah-entah orang yang cakap tu pegi demo sekali sebab dapat upah,tu yang pandai-pandai cakap macam tu..",katanya dengan wajah sinis berbaur duka.

"Kalau adapun,upah yang kita dapat hari tu cuma minum air kimia free dan tak payah hisap rokok selama 4 jam sebab dapat sedut asap bom",katanya sambil mengeluarkan sebatang rokok gudang garam dari dompek sirih berwarna kelabu metalik 2k Iswara 1.5 aeroback keluaran 1999.

"Upah amendenya,dompet sirih ni pun nyaris-nyaris kena sosah hari demo tu",katanya merujuk kepada cubaan meragut dompet sirihnya ketika demo Sabtu lalu.

Ekspedisi menuntut upah ini dianjurkan oleh Gerakan Minta Upah (GMU) yang dianggotai oleh beberapa pemuda sinis negeri.Bagaimanapun usaha kami untuk menghubungi pengerusi GMU petang semalam gagal kerana beliau biasanya off handphone ketika tidur petang.Alasan yang selalu beliau berikan ialah lebih baik off handphone semasa tidur daripada memandu dalam keadaan mabuk.


-utusanmerapu





E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...