Ahad, Ogos 02, 2009

ISA....Rakyat Jawab Najib


Seorang peserta demonstrasi telah patah kaki selepas beliau terjun ke dalam sungai di belakang SOGO untuk melarikan diri dari pancutan "water canon"


Perdana Menteri, menurut media suruhan BN, hairan mengapa ribuan rakyat keluar membantah ISA. Katanya akta itu sedang dikaji oleh kerajaan. Maka menurut Najib Razak, demonstrsi dan bantahan terhadap ISA tidak perlu.

Itu kata Najib. Kata rakyat pula, janji kerajaan untuk mengkaji ISA sudah lama didengar.Sehingga membosankan. Rakyat tahu sebaik sahaja Najib menduduki jawatan Perdana Menteri, beliau bebaskan beberapa tahanan ISA, dan tabur janji itu DAN pada masa sama tangkap beberapa orang lagi menggunakan undang-undang itu.

Sehingga sekarang tidak ada perkembangan mengenai janji itu. Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan cadangan? Beri kerajaan masa kerana karier Najib sebagai PM baru berusia 100 lebih hari ?

Rakyat sudah beri masa yang cukup lama. Najib sendiri pun tahu pendirian rakyat terhadap ISA lama sebelum beliau jadi PM. Hakikatnya tidak apa yang berlaku. ISA tetap ada, tetap kejam.

Malah sejak ia diwujudkan 40 tahun lalu,kajian memang sudah dijalankan. Pindaan telah dibuat. Namun kekejaman ISA tetap kekal.

Ramai rakyat menjadi mangsa. Begitu juga keluarga mereka. Yang jelas rakyat tidak puas hati dengan apa yang telah dijalankan oleh kerajaan. Dan rakyat sudah tidak percaya dengan janji kerajaan termasuk janji Najib tentang kajian yang hendak dilakukan.

Mesej rakyat jelas. Hapuskan ISA. Bukan sekadar kaji dan pinda sikit sini, sikit sana untuk mengaburi mata rakyat dan untuk melaung laung kononnya kerajaan sudah laksanakan apa yang dijanji.

Kisah tahanan ISA kita semua maklum. Cara ISA dikuatkuasakan pun kita sudah tahu.

Malah sebut sahaja ISA, semua tahu ia bermakna seseorang boleh ditangkap dan ditahan tanpa dibicara dalam mahkamah. Tangkap atas arahan Menteri Dalam

Negeri selama 60 hari di tempat yang dirahsiakan daripada anggota keluarga dan umum. Hanya Tuhan yang tahu apa yang berlaku disebalik tirai besi.

Dan tempoh tahanan boleh dilanjutkan setiap dua tahun, juga atas budi bicara menteri dan ini boleh berterusan dengan kuasa mutlak Menteri DalamNegeri. Tahanan tidak punya hak untuk mencabar penahanan mereka. Itu kekejaman ISA sepintas lalu.

Yang pasti semua tahanan ISA mempunyai cerita masing-masing yang mengerikan.

Berdasarkan itu, rakyat hairan mengapa Najib hairan rakyat membantah ISA. Rakyat menjawab dengan keluar beramai ramai untuk menuntut keadilan dan memohon sembah kepada Yang Dipertuan Agong mencemar Duli menghapuskan kekejaman.

Agak aneh untuk Najib mempertahankan ISA tetapi mencanang kononnya beliau mendokong dan menghormati hak asasi manusia. Yang jelas ISA melanggar setiap aspek hak asasi manusia, nilai-nilai Islam dan agama-agama lain.

Malangnya hasrat rakyat mahukan undang-undang zalin dimansuhkan "dilayan" kerajaan dengan gas pemedih mata, semburan air asid, belantan polis dan tangkapan."Terima kasihlah wahai Perdana Menteri"

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. rakyat ker yang nak ISA dimansuhkan atau pemimpin pembangkang menganjingkan rakyat? Rakyat yang datang semalam semuanya melayu. Mana bangsa lain? hairan... tabahan pula yang datang tew majori tak tahu apa itu ISA pun. kalu ditanya kenapa datang? Kami datang bagi sokongan, pemimpin pembangkang suh datang. ditnya sama ada anda fahamkah apa itew ISA? tak tahu. Ditanya lagi, apa itu perlembagaan negara? pun tak tahu. Itewla daifnya pembangkang. tnya cintakan negara? CINTA!!! Ikutja apa pemimpin pembngkang suh buat ni kategori cintakan negara ker? Apa yang anda dapat gi berhimpun mansuhkan ISA? SOKONGAN APA? Pemimpin pembangkang mmg mempergunakan rakyat ja....Sebab nnti mudah depa nak mempersoalkan akta 153, senang depa nak gitau, orang slam takyah azan dah pasni.... Sedarla wahai melayu yang dah makin layu...

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Kepada daaksaytunk. Jawapan kepada persoalan anda di atas ialah, rakyat yang mahu undang-undang zalim ISA dimansuhkan dan pemimpin pembangkang sama sekali tidak menganjingkan rakyat. Mereka-mereka yang turun berhimpun tidak diupah satu sen pun oleh pemimpin pembangkang. Mereka berhimpun secara suka rela dan atas kesedaran sendiri. Dan disebabkan mereka tahu dan faham mengenai ISAlah mereka turun berhimpun secara aman (sebelum ditembak tear gas dan disembur air kimia). Yang tak sedar dan tak tahu mengenai ISA adalah orang-orang melayu kolot UMNO yang buta dan tuli macam anda sebab dok baca suratkhabar Utusan Menipu, Berita Hairan dan menonton TV3 Fitnah Sensasi...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama2/8/09 3:53 PTG

    Daaksaytunk terjah buta dalam mengeluarkan pendapat dan pandangannya adalah tersendiri dan sewajarnya tidak bertempat orang seperti ini. Kehidupan dalam kancah politik memerlukan ketelusan dan pengurbanan dalam memperjuangkan sesuatu dasar. Bagi yang gila kuasa untuk memimpin dan takut diperjatuhkan maka konspirasi adalah jalan terbaik pada pandangan mereka.Rakyat yang menjadi sasaran dan landasan menentukan platform perjuangan mereka. Tanpa rakyat mereka bukanlah siapa-siapa dalam hidup ini. Terserah pada kita bagaimana timbangtara dalam membuat penentuan memilih pemimpin. Secara umumnya untuk menegakan permintaan rakyat seperti menentukan hak dan keadilan buat rakyat bukanlah satu perkara yang mudah untuk dijuangkan kerana ianya memerlukan pengurbanan dan penghayatan kita dalam halatuju kehidupan ini. Maka politik adalah satu dari aliran yang boleh kita sandarkan pengharapan ini, dan disebabkan oleh politik juga pemimpin akan silih berganti. Tidak timbul persoalan rakyat diperanjingkan dan sekiranya ada yang terfikir demekian maka tidak perlulah menyertai mana-mana kegiatan seperti perhimpunan menghapuskan ISA ini. Tidak akan ada penghujung sesuatu dasar itu selagi tahap pemikiran kita masih ditahap mundur dan tidak berani menghadapi perubahan. Atau sememangnya selama ini tidak terfikir oleh kita tentang nasib orang lain untuk mendapatkan hak yang adil dalam kehidupan ini. Sesungguhnya anjing yang terkurung itu tidaklah sama dengan nasib anjing-anjing yang berkeliaran, dan sudah tentulah anjing yang keliaran itu hidupnya lebih kental dan gigih. Meskipun ianya haiwan tapi ia adalah kehidupan yang tetap punya nilai-nilai yang tesendiri. Bukalah minda kita untuk munuju kepada kehidupan yang sempurna dan sudah tentu bukanlah pemimpin yang menentukan seratusperatus kesempurnaan itu kerana tanpa kita mereka juga tidak berdaya.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...