Jumaat, Ogos 28, 2009

Isu minuman keras selesai: Dr Hasan


SHAH ALAM- Masalah minu-man keras yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi di negeri ini difahamkan selesai setelah sistem kawal sendiri (self regulation) diperkenalkan.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata, kedai serbaneka dan premis yang menjual minuman keras di Shah Alam menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

“Sistem ini sedang dipantau oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (SPRM) dan perkembangannya sangat membanggakan kerana beberapa outlet telah menggunakan sistem berkenaan.

“Dalam masa sebulan setengah kita telah menyelesaikan masalah tersebut dan pendekatan yang kita ambil adalah mesra masyarakat dan agama,” katanya.

Sementara itu katanya, pegawai masjid yang terdiri daripada nazir, imam, bilal dan siak di Selangor diberi kuasa menahan tanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahan membabitkan arak, berkuat kuasa serta-merta.

Dr Hasan berkata, pegawai masjid itu akan diberi penerangan dan latihan secara berperingkat untuk menguatkuasakan enakmen itu.

“Mereka boleh menangkap orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah syariah mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan menyerahkannya kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan seterusnya.

“Kita lakukan ini untuk menyelamatkan masyarakat terutamanya golongan remaja Islam yang banyak terjebak dalam gejala sosial,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco, di sini, semalam.

Hasan berkata, tindakan penguatkuasaan itu hanya untuk orang Islam tanpa mengganggu hak atau menghalang kebebasan bukan Islam untuk minum atau membeli minuman keras.

“Ia hanya dikhususkan kepada orang Islam dan tidak melibatkan orang bukan Islam. Kita tidak mahu lagi timbul salah faham dan kontroversi sehingga mengelirukan orang bukan Islam.

“Saya tekankan bahawa enakmen ini bertujuan mengembalikan keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat serta dalam masa yang sama membina paksi asas dalam masyarakat terutamanya yang menyentuh masyarakat Melayu dan Islam,” katanya.

Mengikut Seksyen 18 enakmen berkenaan, orang Islam yang mengambil minuman memabukkan di kedai atau tempat awam adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM3,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen itu turut menyebut orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamer, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan boleh didenda tidak lebih RM5,000, penjara kurang tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut Hasan, penguatkuasaan enakmen berkenaan dapat membantu mengurangkan perkara yang boleh merosakkan pembentukan generasi muda di negeri ini.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...