Khamis, Ogos 27, 2009

KHAIRY KENCING ATAU DIKENCING? | Nizar News



JIKA DIANALISA KEPUTUSAN PRK PERMATANG PASIR, ADALAH MUSTAHIL UMNO BN BOLEH KALAH DENGAN MAJORITI BESAR JIKA PEMUDA PAS DAN PKR MENYOKONG UMNO BN.

KALAU BETUL PEMUDA PAS DAN PKR ADA BAGITAU KAT KHAIRY DEPA NAK SOKONG UMNO BN MAKA KHAIRY YANG DAH KENA KENCING.KALAU TAK BETUL,DIA YANG KAKI KENCING KEHKEHKEH!!!

Pemuda PAS Dan PKR Akui Sokong Calon BN

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- Golongan pemuda parti PAS dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas Salleh Man.

"Mereka menghubungi Ketua Pemuda Umno di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man)", kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di sini malam tadi.

Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.

"Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya," kata beliau.

Khairy berkata, pengundi di Permatang Pasir haruslah sedar bahawa jika mereka menyokong Pas, ia tidak memberi sebarang makna kerana wakil rakyat tunggal parti itu tidak akan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri malah ia hanyalah sama seperti menyokong DAP sahaja.

Katanya, Pemuda BN juga kesal dengan kempen pembangkang yang membuat serangan peribadi terhadap calon BN sedangkan Pergerakan Pemuda itu hanya berkempen untuk menjelaskan visi BN.

--BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

5 ulasan:

  1. kesian khairy kene tipu
    wakakakakakakaka

    BalasPadam
  2. Apa yang si mamat Khairy itu tau... Paling pandai pun hanya buat kacau dan putar belit fakta.

    BalasPadam
  3. kesian jugak ... nak menangis aku bila tahu khairy di kencing .. hahahahahaha

    BalasPadam
  4. Khairy jaga Rembau sudahlah. Rembau pun diabaikan..macamana nak jaga Pasir panje...boloh punya umngok

    BalasPadam
  5. cakap berdegar degar brrkokok lagi tapi ekor berbau tahi.menang ketua pemuda tapi abuk pun tarak

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...