Mayat yang disangka wanita yang ditemui terapung di kolam takungan banjir di Jalan Air Tawar, Air Panas, Setapak semalam
sebenarnya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata bedah siasat yang dijalankan hari ini juga mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan belakang badan serta satu tikaman di perut.
Semalam, polis menemui mayat itu yang disangka wanita kerana mangsa memakai pakaian wanita, bercoli serta berambut kerinting panjang mencecah bahu.
"Terdapat beberapa kesan kecederaan di tubuh mangsa namun tiada unsur jenayah seks.
"Mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke situ," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.
Sehubungan itu katanya, polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai kes bunuh.
Beliau berkata identiti mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Aziz Mat Isa di talian 019-92 80 024 atau balai polis berhampiran.
Semalam, Bernama melaporkan penemuan mayat seorang wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dengan kesan luka di dahi dan memakai baju berwarna biru dan skirt ungu di dalam kolam tadahan itu. BERNAMA
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...