Ahad, Ogos 30, 2009

Pembantu ADUN nyaris dirogol

SEREMBAN – Seorang pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang nyaris dirogol apabila pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN tersebut diceroboh dua lelaki tengahari semalam.

Suspek yang tiba ke pejabat terbabit dan mahu bertemu ADUN, Cha Kee Chin kemudian bertindak ganas terhadap mangsa, Cheng Wai Fong, 31 dengan mengheret dan menghantuk kepala mangsa ke di dinding selepas dia membuka pintu memaklumkan wakil rakyat yang ingin ditemui itu tiada di pejabat.

Tidak cukup dengan itu, mangsa diikat tangannya dan diheret masuk ke dalam pejabat sebelum seorang lagi rakan suspek yang dipercayai berada di aras bawah segera naik dan turut membelasah mangsa.

Tanpa menghiraukan rayuan, suspek terus membelasah mangsa dan meletakkan pisau di bahagian lehernya supaya tidak membuat bising sambil rakannya menyelongkar barangan berharga sebelum mengheret mangsa ke dalam sebuah bilik dan cuba merogol mangsa yang sudah tidak bermaya.

Mangsa ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia berpura-pura lemah sebelum nekad melawan suspek dengan mencapai pisau yang diletakkan berhampiran sebelum menikam bahagian bahu kiri suspek.

“Rakan suspek yang berada di bawah segera naik ke atas dan bertindak membelasah saya sebelum menyelongkar barangan berharga di pejabat, sambil seorang lagi suspek bertindak menumbuk muka saya tanpa henti. Tidak puas dengan itu, suspek mengheret saya ke dalam bilik sebelum bertindak membuka baju dan cuba merogol,” katanya.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...