Khamis, Ogos 20, 2009
Permatang Pasir : Calon UBN Banyak Virus? | Nizar News
Oleh Mohd Sayuti Omar
SEANDAINYA soal intergriti, keperibadian dan kredibiliti batang tubuh calon diambil kira dan menjadi perioriti kepada kira-kira lebih 23,000 pengundi Permatang Pasir, ternyata Pas sudah pun memenangi pilihan raya kecil itu yang sedang berjalan kini. Ini kerana calon Pas, Ustaz Mohd Salleh Man, 52 tidak mempunyai kecacatan jelas yang dilaporkan seperti mana berlaku ke atas calon UBN, Rohaizat Othman, 38.
UBN sudah boleh angkat bendera putih sebelum terpaksa membazirkan wang dengan lebih banyak lagi.
Belum sampai tiga hari berkempen sudah bermacam-macam penemuan 'virus' ke atas calon UBN itu. Mungkin untuk sampai ke hari mengundi kelak, berbagai virus lagi akan ditemui termasuk virus babi, influenza H1N1. Sudah pasti buat masa ini para ‘doktor’ pilihan raya di Permatang Pasir sedang membuat kajian dan penelitian biologi ke atas jasad politik Rohaizat.
Berberza dengan calon Pas, Sallah Man masih belum ada apa-apa penemuan jangkitan apa-apa virus. Salleh Man bersih dan suci dan tidak dihinggapi apa-apa virus yang boleh menyebabkan kedudukannya sebagai calon boleh dipertikaikan.
Hari ini kecacatan awal ditemui ke atas batang tubuh calon UBN itu ialah mengenai tindakan Majlis Peguam yang membatalkan statusnya sebagai peguam. Firman guamannya diambil tindakan dan dibatalkan pendaftaran setelah didapati menyalahgunakan wang pelanggan sebuah koperasi pekebun kecil getah. (Apa wang pekebun kecil getah pun disebak ke?).
Walaupun Rohaizat dan Umno menjelaskan kedudukan sebenar (menafikan tuduhan bersabit hal itu) namun ia tidak membawa apa-apa erti lagi. Umum sudah melihat dan menerima yang calon UBN itu tidak bersih. Saringan awal ke atas calon itu tidak dilakukan seperti selalunya.
Rohaizat katanya mengakui apa yang berlaku dan menjelaskan perkara sebenar.
Ia juga disusuli dengan berbagai surat berkajang-kajang oleh pihak terbabit termasuk dari si pengadu kononnya kes itu sudah selesai. Dalam kata lain pengadu sudah menarik balik aduan ke atas Rohaizat terhadap majlis peguam. Tidak cukup dengan itu peguam handalan Umno juga tampil mejelaskan dari segi teknikal dan kronologi hal itu berlaku.
Surat-surat sumpah bersabit juga dipamerkan. Apakah surat sumpah boleh diterima pakai dan ia bukan satu taktik untuk mengabui mata umum? Kalau orang boleh pertikai surat sumpah dibuat oleh Raja Petra berhubung maklumat yang diterimanya mengenai pembunuhan Altantuya apakah surat sumpah berhubung kes Rohaizat ini tidak boleh dipertikaikan? Tentu tidak ada sikap double standard dalam hal ini.
Boleh jadi benar Rohaizat tidak terlibat dalam menelan dan menggelapkan wang koperasi pekebun kecil getah itu. Tetapi apabila ia dilakukan rakan kongsinya secara automatik dia terlibat.
Dari segi moralnya penyelewengan itu juga membabitkan dirinya. Seumpama kalau rakan kongsinya itu dihinggapi virus babi sudah tentu Rohaizat juga kena dijauhi dan dikurantin. Makannya sebelum beliau disahkan bersih dan tidak ada virus beliau kena berkurung sendirian dan tidak boleh keluar ke khlayak.
Segala penjelasan, pengakuan dan barang bukti tidak diperlukan lagi. Ia tidak berguna. Dalam kepala orang ramai kini sudah beranggapan bahawa Rohaizat adalah seorang yang 'korup' dan pernah melakukan pecah amanah. Apa lagi perkataan korup itu begitu intim dan senonim dengan paertinya, Umno. Sebagai ahli Umno sejati tentulah tidak dapat memisahkan dirinya dengan budaya jelek itu.
Nampaknya dalam pilihan raya kecil ini Umno menghadpai kemalangan lebih awal. Orang yang berkuasa menentu dan memilih Rohaizat menjadi calon perlulah bertanggungjawab. Dalam hal ini Ahmad Zahid Hamidilah penanggungjawabnya kerana beliaulah ketua Umno Pulau Pinang.
Tampaknya impian Zahid untuk menguji wibawanya sebagai pemimpin menggantikan Abdullah Badawi di Penang bercelabak di awal bicara lagi. Kekalahan Rohaizat apa lagi dengan majoriti besar menjelaskan sejauh mana kemampuan Zahid Hamidi sebagai ketua Umno Pulau Pinang.
Beginilah kalau penyakit terlalu banyak dalam Umno busuknya tidak dapat dilindungi lagi walaupun dicurahkan sekapal attar bergread A.
detikdaily
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...