Isnin, Ogos 03, 2009
Piiiraaah...Merugikan Negara Konon
Katakan saja berapa ribu pun jumlah penunjuk perasaan kelmarin, kemarahan mereka kepada Umno semakin memuncak. Kalau jumlah itu ialah 20,000, maka 20,000 itu pulang dengan kemarahan yang membuak-buak. Kepada siapa? Tentu kepada Umno.
Mereka tidak pulang dengan tangan kosong, tetapi pulang dengan buah tangan. Mereka yang pengsan, termuntah-muntah, koyak baju, terpelecok kaki dihambat, akan menyebarkan berita apa yang berlaku di KL itu kepada rakan dan taulan masing-masing. Paling kurang kepada saudara-mara terdekat.
Versi mereka berbeza dengan versi media Umno. Versi mereka versi kedua atau ketiga. Mereka bercerita apa yang polis buat, sembur, pukul, tangkap dan sebagainya dan cerita itu ada sambungannya. Polis buat semua itu dengan arahan dan restu pemimpin Umno.
Ya, tanpa restu Najib atau Hishammuddin, semua itu tidak akan berlaku.
Benar, memorandum kepada SP YDP gagal diserahkan kelmarin, tetapi itu tidak bermakna isyarat kepada SP YDP mengenai hasrat himpunan kelmarin tidak sampai kepada baginda. Baginda boleh membaca isi hati mereka yang berhimpun.
Para pemimpin Umno dan para pengampunya kini sedang berlagak warak dan baik. Kata mereka, himpunan sebegitu tidak menguntungkan negara, merugikan rakyat. Huh, nak termuntah mendengar dendangan lagu-lagu berlagak warak itu.
Peeeraaah…, merugikan negara konon, tidak menguntungkan rakyat konon. Janganlah jadi ayam jantan, berkokok mendayu-dayu mengejutkan manusia bangun solat Subuh, tetapi dia sendiri tidak solat dan sambung tidur selepas berkokok. Dasar ayam jantan…
Mereka yang berhimpun kelmarin tidak mendapat habuan kebendaan apa-apa, tetapi mereka mendapat semangat baru, kekuatan baru dan hujah baru untuk terus menyahkan Umno. Mereka yakin negara ini lingkup kerana sikap bodoh sombong para pemimpin parti itu.
Saya percaya, kalau negara ini diceroboh oleh orang luar, mereka yang berhimpun kelmarin sedia ke hadapan untuk mempertahankan bumi mereka. Sedangkan para pengampu pemimpin Umno itu akan turut berlindung di bawah ketiak pemimpin yang mereka ampu untuk lari menyelamatkan diri.
Kemana? Hah, kalau jadi pengampu pemimpin Umno tetapi tidak tahu kemana, baik jangan jadi pengampu. Jadi pencacai lagi bagus.
Kepada para pengampu dan pengipas pemimpin Umno, kalau takut beritahu saja, “Saya takut”. Usah berlagak warak.
Sayangkan negara konon, piiirahhh…
bongkarsauh
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
yang rugi golongan kapitalis je. kompleks besar besar tutup atas arahan polis. kalau tak mesti ramai pelanggan.
BalasPadamtapi yang untung besar peniaga peniaga kecil dekat lorong belakang masjid jamek tu.
aku nak lepak minum lepas penat bertempur pun tak boleh. penuh sangat. last last beli bungkus makan dalam kereta.
media macam taik. siapa pegi dia tau la siapa untung siapa rugi.