Khamis, Ogos 27, 2009
Tiada ADUN Selangor lompat parti: Dr Hasan
SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan dakwaan bahawa lapan Ahli Dewan Negeri (ADUN) termasuk lima Exco Kerajaan Negeri daripada parti Pas dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR), keluar daripada parti sebagai satu dakwaan yang tidak berasas.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, hampir tidak ada kemungkinan, sama ada ahli Exco Pas atau ADUN-ADUN Pas, yang akan meninggalkan Pas untuk bertindak sebagai ADUN Bebas atau memasuki mana-mana parti lain.
“Kita tidak pernah membincangkan perkara ini, sama ada dalam mesyuarat Exco mahupun dengan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sendiri.
“Bahkan, dalam :kala�ngan ahli exco, Menteri Besar MB, dan saya sendiri juga tidak mengambil apa-apa sikap berhubung perkara ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Menurut Dr Hasan, perkara itu hanya diada-adakan oleh pihak yang ingin melihat perpecahan berlaku dalam PR.
Mengenai 100 ahli PKR Bukit Antarabangsa yang kembali ke pangkuan UMNO, seperti yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini, Dr Hasan berkata:
“Saya nak senarai nama, nombor kad pengenalan, alamat, tarikh masuk dan keluar parti serta pengakuan bahawa dia keluar daripada parti.
“Mana-mana parti boleh mengatakan bahawa 500 ahli keluar parti dan mendakwa menerima 100 ahli baru. Itu biasa tetapi saya yakin tidak ada dalam kalangan ahli Pas di negeri ini yang keluar parti,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali juga menafikan akan berlakunya penghijrahaan beramai-ramai wakil rakyat keluar dari PR.
“Sebelum ini saya dengar 12 ADUN yang akan keluar, lapan daripadanya adalah daripada Pas. Sekiranya lapan ADUN Pas keluar ini bermakna habislah Pas di negeri Selangor,” katanya.
Dr Halimah berkata, beliau sendiri berasa geli hati dengan spekulasi tersebut dan menyifatkannya sebagai perkara di luar jangkaan dan terlalu pelik.
“Bagaimanapun, tiada sebab untuk ADUN-ADUN keluar daripada PR. Ini merupakan suatu manipulasi dan cerita yang dikeluarkan sengaja direka-reka oleh pemikir UMNO yang mungkin ramai ADUN mereka yang digantung atau sebagainya dilihat seakan tidak ada kerja lain.
“Kemungkinan oleh sebab itu, mereka mereka-reka pelbagai cerita yang seperti ini. Tetapi semua itu tidak benar sama sekali kerana Pas mempunyai prinsip yang tersendiri,” katanya.
sinarharian
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
i just want a simple answer from hasan ali:
BalasPadamadakah kamu akan keluar pas dan jadi 'ahli bebas'? just yes or no?
dont putar belit panjang lebar.
ya atau tidak?
4RAKYAT
YB,
BalasPadamI have find that the Selangor Govt will not be able to stand the pressure with your self type of policy. You seem to not to respect other peoples wishes. Pas won the election with the support of Chinese and Indian voters. This is the real facts and nobody can denied. With your type of self policy your party will not be able to gain any support from this two communities in future. Your policy can only be imposed in the Eastern coast of Malaysia where the malays formed the majority. Selangor is a very much multi-racial communities and you cannot changed their life style and policy overnight. I will not be surprise if PAS fall in Selangor due to you silly and stupid policy. I find that YB Khalid Samad is a very fine and understanding person who cherish the concept of 'Brotherhood' in carrying out his duties as an elected Representative compare to your out-dated policy. You cannot carried out duties without collected agreement from PKR and DAP. You outdated or surat kahbar lama policy will only destroy the harmony and peace loving peoples of Selangor.
orang cina budha dan tamil hindu jgn susah hati dengan undang-undang islam utk orang islam. Main bolasepak pun ada undang2. Mana boleh pemain hoki kritik undang2 bolasepak. Orang islam ada cara hidup nya tersendiri dan tak ganggu orang budha kristian hindu di malaysia. Kalau kamu nak makan babi, biawak, tunggang arak sampai mabuk, berjudi sampai punah ekonomi rumahtangga kamu..terserahlah. Yang kamu marah dan sibuk tentang orang islam yang nak hidup cara yang elok mengikut lunas-lunas kehidupan ajaran islam kenapa?
BalasPadamPAS kalah atau menang itu tidak penting. Yang penting adalah menjalankan tanggungjawab memastikan umat islam mematuhi hukum syarak. KAlau kamu nak lari dari perjuangan PR hanya kerana PAS perjuangkan Islam untuk penganut Islam maka maksudnya kamu ada agenda tersendiri untuk melihat umat Islam terus rosak. Ini bahaya dan perlu ditentang.
Akhir kata buat pembenci Islam...lu boleh pergi mampos dengan tokong lu...jgn sibuk dgn ugama orang lain. Lu mau sembah tokong batu orang islam tak masuk campur, Lu mau telan babi kotor penuh kuman orang islam tak sibuk..tapi kalau lu cuba menyibuk urusan orang islam, kita akan bangun balas dengan apa cara sekalipun ada paham. Islam itu toleran tapi bukan utk diganggu atau dihina. fullstop.