Hamba Allah
Pada masa kini Umno begitu bersemangat menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR).Nampaknya begitu bersungguh-sungguh Umno ingin merampas semula Selangor selepas berjaya menggunakan taktik kotor di negeri Perak.
Tidak habis-habis, Selangor dan negeri-negeri Pakatan Rakyat diserang. Tidak cukup dengan itu, peribadi Anwar turut diserang. Paling terbaru, Tuan Guru Nik Aziz pula digelar sebagai "Ulamak Plastik.
Pada pagi Jumaat, 14 Ogos 2009, ketika membelek-belek sebuah akhbar popular di Pantai Timur, dengan jelas memaparkan istilah 'Ulama Plastik' telah dipilih sebagai tajuk utama akhbar berkenaan.
Istilah "Ulama Plastik" telah digunakan oleh seorang Senator yang juga Ahli Dewan Negara. Pada mukasurat N6 akhbar yang sama juga memaparkan kenyataan oleh Timbalan Presiden Umno yang mengatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz seorang yang tidak konsisten. Walau bagaimanapun kenyataan seorang Naib Presiden Umno terhadap Tuan Guru Nik Aziz nampaknya lebih sederhana.
Tuan Guru Nik Aziz memang kerap dijadikan sasaran kecaman, tetapi entah mengapa gelaran "Ulama Plastik" kali ini sangat meresahkan hati saya. Komen Tuan Guru terhadap isu menghina Islam saya lihat cukup ikhlas.
Beliau sebagai seorang ulama telah memainkan peranan beliau sebagai orang yang berilmu dengan memberi nasihat dan pandangan. Sepatutnya kita terima dengan baik, jika ada yang tidak kena, kenapa tidak boleh memberi teguran secara baik.
Sampai hati seorang Senator, yang sudah semestinya seorang Islam memberikan gelaran sedemikian kepada Tuan Guru Nik Aziz.
Saya cukup terharu dan sedih, kerana ada kalangan orang Islam sendiri yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang pejuang Islam yang cukup ikhlas dan merendah diri. Tinggi sangatkah ilmu agama orang yang memberi gelaran berkenaan.
Saya menganggap gelaran "Ulama Plastik" adalah sesuatu kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab. Gelaran berkenaan lebih sesuai jika diberikan kepada Ulama-ulama Umno yang diam membisu jika isu-isu yang timbul tidak menguntungkan Umno, walaupun isu berkenaan memberikan kesan yang tidak baik kepada Islam.
Dari raut wajah Tuan Guru, cukup menunjukkan ketinggian ilmunya. Ikhlas berjuang demi agama, bukan wang ringgit dan kepentingan peribadi yang diutamakan.
Apa yang diharapkan hanya keredaan Allah. Bersyukurlah kita, kerana Allah masih menghadirkan para ulama dan orang faham agama di kalangan masyarakat kita.
Ulama yang berjuang hanya untuk Islam dan Allah. Mereka juga memberi ajaran dan memimpin kita ke jalan yang diredai Allah. Tidak adil jika golongan ulama ini dilabelkan dengan gelaran yang tidak sepatutnya.
Kepada Senator berkenaan, saya nasihatkan agar bertaubat selagi peluang masih ada. Saya tidak ada apa-apa kepentingan peribadi di atas nasihat berkenaan. Hanya sekadar nasihat terhadap saudara sesama Islam._
harakahdaily
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...