Selasa, Ogos 04, 2009
UMNO OH UMNO: MANA ADA UPAH BAI?
MACAM-MACAM ULASAN PEMIMPIN UMNO BN TENTANG DEMO ANTI ISA BARU-BARU NI. KOMEN TERBARU NI MEMANG MEMBUATKAN KAMBING PUN TERSENYUM.KALAU DEMO TU ORANG UMNO YANG ANJUR LOGIK LA BAI....MESTI KENA HULOQ BARU BOLEH SURUH PI DEMO...DAH UPAH PUN BELUM TENTU DEPA PI...TAK PADAN LANGSUNG DENGAN KENA MINUM AIR KIMIA DAN SEDUT GAS PEMEDIH MATA.AGAK-AGAK LA BAI NAK BUAT TUDUHAN PUN....
Peserta demo diupah?
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.
''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh ," katanya ketika dihubungi hari ini.
Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya manakala peniaga menutup premis masing-masing.
Berikutan itu, banyak pihak menuntut tindakan tegas harus dikenakan terhadap dalang di sebalik GMI supaya kejadian tersebut tidak berulang.
utusanmerapu
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
demi keadilan yang dituntut mestilah dapat ganjaran lebih besar dan hebat upahnya.upah dari tuhan yang mengerakan nadi kami,membuka dan memberi petunjok serta berlapang dada menolak kebathilan yang salah disisi tuhan kami.bukankah itu sebaik baik dan sehebat upah?.mungkin pak rais amat jahil lagi yatim tang adanya upah ni kut,tapi takpa tok kiyai harus sana harus sini dapat meberi bantuan,just call.
BalasPadamhalamak, sape2 bleh confirmkan betul ke Jalan Raja Laut sesak teruk hingga ke depan Sogo?Beratus orang sedang bergerak dari luar Kuala Lumpur menuju ke ibupejabat PAS.Semuanya datang menuntut bayaran kerana berdemo sabtu lalu??
BalasPadambyk btol duit PR nk bg kat depa yg demo sabtu lalu..ntah2,org yg ckp pegi sane sbb dpt upah tu yg dpt upah untuk cakap mcm tu..
BalasPadamkah! kah! kah! aku nak pinjam komen hang ni nak buat posting khas...
BalasPadamBetui la tu.... memang ada peserta himpunan sabtu hari tu terima upah... CONFIRM!!! tapi bukan kumpulan penentang ISA... tapi kumpulan PROgol ISA.... depa memang terima upah....
BalasPadam