Rabu, September 30, 2009

Ada hikmahnya Ibrahim Ali celupar - Mat Sabu | Nizar News



PERMATANG PAUH: Keceluparan Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Dato' Ibrahim Ali yang kini sedang bertikam lidah dengan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ada hikmahnya kata, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

"Siapa tidak kenal Ibrahim Ali yang suka melompat parti dan termasyhur dengan bidalan "bila bagi betis dia hendak peha" walhal perjuanganya tidak lagi releven dengan politik semasa," tegas bekas Naib Presiden PAS itu.

Tambahan lagi kerusi bebas yang dimenanginya atas lambang PAS pada pilihanraya umum ke 12 lalu adalah restu Menteri Besar sendiri yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.

"Biar dia terjun dengan labu-labunya kerana itu yang dia mahu. Dia seorang yang tidak tahu berterima kasih bahkan melawan dengan begitu celupar sekali.

"Itu satu hikmah kerana selepas ini jika dia bertanding juga atas tiket bebas sama da kunci ke ... bas ke ... pasti kalah, " terangnya.

Sewajarnya Ibrahim Ali bersama Pakatan Rakyat selepas kemenangan di Pasir Mas itu bukan menyendiri atas tiket bebas kononnya untuk memperbetulkan mana yang salah tidak kira parti mana sekali pun dalam Parlimen.

Biar pun kata Haji Mohamad, beliau acapkali bertegang leher dengan kepimpinan BN mengatakan kebenaran tetapi perjuanganya bukan kerana menjagai hak malahan perjuanganya lebih kepada pentingkan populariti.

Tetapi beliau yakin pada pilihanraya umum akan datang Menteri Besar Kelantan itu akan berhati-hati memberi mandat pada sesiapa yang dipilih sebagai calon terutamanya membabitkan penggunaan lambang bulan purnama.

"Tengoklah nanti apa akan jadi padanya bila kalah pilihanraya. Umno pun tidak layan, PAS tidak bagi peluang kedua, KeADILan pun macam tu, DAP pun turut menolak perjuangan lompat melompat. Dia akan jadi 'kupang tembaga' bersendirian tanpa kawan, " ujar Moahamd Sabu.

Pertikaman lidah berlaku apabila Menteri Besar Kelantan menasihati Ibrahim supaya kosongkan kerusi Pasir Mas kerana telah mengkhianati pengundi di situ apabila memberinya kemenangan untuk menyuarakan kebenaran, bukan mencerca PAS dengan berbagai tuduhan yang kadang-kadang kenyataanya boleh meruntuhkan akidah.

Selepas teguran tersebut, Ibrahim Ali terus melatah dengan mendesak Menteri Besar Kelantan berundur kerana faktor tua, selalu sakit dan memberi peluang orang lebih muda menerajui Kelantan.

Bukan itu sahaja malahan beliau juga menyenaraikan 10 sebab kenapa Dato' Nik Aziz perlu letak jawatan sebagai Menteri Besar.


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. ibrahim anak ali memang mulut tak ada insurans,pak mahashit dah dapat kalong seliper,apa dia nak kami hantar seliper kat mulut diakah?kami tak perlu bagi satu dalil pun nak hantar seliper kat mulut hang.ibrahim brengset!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...