Selasa, September 01, 2009
ARAB SAUDI 2 - 1 MALAYSIA
KAPTEN skuad negara, Aidil Zafuan Radzak (tengah, jersi No.7) menanduk keluar bola dari kawasan bahaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Arab Saudi di Stadium Putera Mohamed Fahd, Dammam, Arab Saudi awal pagi semalam.
SKUAD bola sepak kebangsaan bimbingan K. Rajagobal tewas 1-2 kepada skuad kebangsaan Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Putera Mohamed Fahd, Dammam, Arab Saudi awal pagi semalam, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Malaysia yang dibarisi pemain bawah 23 tahun yang sedang dalam persediaan menghadapi Sukan SEA Disember depan ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan penyerang Arab Saudi, Malek Maaz pada minit ke-36.
Tuan rumah terus garang apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-52 menerusi Abdullatif Al Ghannam.
Namun, Arab Saudi yang menduduki ranking ke-64 dunia gagal menambah jaringan selepas itu.
Sebaliknya, Malaysia pula berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan penyerang Harimau Muda, Ahmad Shakir Md. Ali pada minit ke-85.
Anak-anak buah Rajagobal itu akan sekali lagi menentang Arab Saudi hari ini (3.30 pagi esok waktu Malaysia) pada perlawanan persahabatan kedua.
Selepas itu, Malaysia akan bertandang ke Amman untuk menantang skuad kebangsaan Jordan pada Sabtu ini sebelum pulang ke tanah air.
Mereka dijadualkan menentang skuad kebangsaan Lesotho di Kuala Lumpur pada 11 September depan.
kosmo
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Bertepatan dengan slogan 1 malaysia.....
BalasPadam