Selasa, September 15, 2009

BAGAN DAN PENANG HANTUI BN | pkfz




Kehidupan seseorang Perawan pasti berubah apabila diketahuinya yang dirinya telah diPinang. Permainan pondok-pondok dengan rakan-rakan sebaya berhenti secara otomatis. Dari saat itu dia akan hanya menumpukan sepenuh masanya menjaga dan merawat paras rupanya saja supaya apabila sampai masa ” disatukan” bakal suami akan merasa bangga dapat memilikinya.

Kenyataan diatas hanya disentuh sebagai pembuka bicara. Perihal nama “Pinang” yang ingin dihuraikan disini sebenarnya berkaitan dengan suasana politik semasa. Ramai yang berkata “Apa ada pada nama” yang memberi maksud, nama sahaja tidak boleh mendatangkan tuah atau menjamin laba. Tetapi sebenarnya Namalah yang menentukan sesuatu kejayaan. Sebagai contoh lihat saja “Toyota” , sebelum terkenal diseantero dunia sebagai Jenama Kenderaan Bermotor ia hanyalah satu nama yang “common” sahaja.

Tanpa mahu berteka-teki umum mengetahui dalam tempoh terdekat satu lagi Pilihanraya Kecil akan terpaksa dijalankan. Seperti yang sedang rancak diperkatakan oleh orang-orang politik ia adalah mengenai Pilihanraya Kecil N31 “Bagan Pinang” diNegeri Sembilan.

Sebelum ini nama “Pinang” ini telah menjadi satu phobia bagi Barisan Nasional. Bermula diPermatang Pauh diPulau Pinang dimana Calun UMNO/BN tewas kepada Anwar Ibrahim. Berikutan dari itu UMNO/Barisan Nasional tidak berani meletakkan Calun apabila Kerusi Dewan Negeri Penanti pula berlaku kekosongan. Secara kebetulan Kerusi DUN ini juga berada diPulau Pinang. Seterusnya satu lagi Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan, juga diPulau Pinang disebabkan kembalinya kerahmatullah penyandangnya.

Berbekalkan “performance” memberangsangkan diManik Urai UMNO/BN penuh yakin dapat merampas Kerusi Permatang Pasir daripada Parti PAS. Ada yang mengatakan momentum sudah kena. Dan didalam keghairahan memuncak terpacul perkataan “pendulum” tetapi tidak diperjelas makna ungkapan tersebut. Dengan penuh yakin mereka mempertaruhkan Lawyer muda lagi “handsome” untuk menawan hati para pengundi disitu. Hajat mereka masih tidak kesampaian. Mereka terus berputih mata diketiga-tiga kawasan dalam Negeri Pulau Pinang ini.

Tempat-tempat bersangkut dengan nama “Pinang” ini seperti “berpenunggu”. Tidak mustahil Bagan Pinang juga bermasaalah. Walaupun ianya terletak jauh diselatan iaitu diNegeri Sembilan dan bukankah “Bagan” itu juga sinonim Penang. Setidak-tidaknya tanda awal masaalah telahpun ujud. Seluruh pimpanan Bahagian mahukan Ketua mereka diutamakan dan ia berlawanan dengan kehendak-kehendak 1Malaysia.

Krisis kepentingan ini perlu segera mencapai kompromi kerana tarikh Penamaan Calun akan diadakan kurang lebih tiga (3) minggu dari sekarang. Seperkara yang perlu diberi perhatian ialah kali ini Parti PAS pula akan mencapai kemenangan Moral sekiranya Majoriti selesa tersebut berjaya mereka kurangkan.

ahmadzawawi


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...