Khamis, September 03, 2009

BAYAR RM2000 UNTUK PANJAT KLCC | pkfz



SPIDERMAN NI MEMANG BANYAK DUIT. SETAKAT KENA DENDA RM2000 CELAH GIGI SAJA.DIA BUKAN SAJA DASYAT PANJAT BANGUNAN,MALAH BERKEMAMPUAN MEMBOLOS KAWALAN KESELAMATAN PAK GUARD KLCC.PAK GUARD KLCC NI MEMANG TERBUKTI BUKAN CIKAI PUNYA GUARD.CUBA HANGPA TRY BERENTI KERETA KAT DEPAN KLCC TU,SEKEJAP SAJA DAH KENA HALAU.MEMANG STRAIGTH GILA.BUKAN SAJA STRAIGHT TAPI GEREK SIH!

WADUH..WADUH...SPIDERMAN BIKIN MALU PAK GUARD,TENGAH DOK MAKAN SAHUR,TERLEPAS PULAK SPIDERMAN MEMANJAT MENARA KLCC.PANJAT SAMPAI PUCUK PULAK TU...DASYAT..DASYAT..DALAM PADA DOK PANJAT SECARA HARAM PUN, ADA PULA WARTAWAN LUAR NEGERI YANG MAI DARI JAUH AMBIK GAMBAQ.NAMPAK MACAM DAH PLAN DEPA NI.

'Spiderman’ didenda RM2,000 panjat KLCC


KUALA LUMPUR - Warga Perancis, Alain Robert yang dikenali 'Spiderman’ didenda RM2,000oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan larangan dengan memanjat Menara Kembar Petronas di sini semalam.

Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin, memerintahkan Robert dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Robert, 46, yang mengambil masa dua jam untuk memanjat Menara 2, setinggi 88 tingkat 8.30 pagi semalam, membayar denda itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguamnya Wong Kian Kheong, merayu agar Robert tidak dikenakan hukuman penjara kerana dia telah mengaku bersalah, dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di mana-mana bangunan.

Robert kemudian memberitahu pemberita : "Saya suka Malaysia. Terima kasih Malaysia. Memanjat adalah kegemaran saya, cara hidup saya, ketagihan saya." - Bernama


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. RM2,000=2,599.42 Franc
    Murah tu berbanding dengan publicity yang dia dapat. Balik Perancis, masuk majalah, dapat royalti berpuluh kali ganda.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...