Isnin, September 14, 2009
Gempar! anak kecil hilang di Masjid Kg Baru | pkfz
Keadaan di luar masjid riuh-rendah menggangu kekhusyukan Pak Sheikh yang sedang solat Ashar. Tiba-tiba ada seorang lelaki melintas Pak sheikh yang sedang khusyuk bersembahyang.
“Ish, lintas orang tengah sembahyang! Tak nampak orang ke?”, Pak sheikh mengeluh dalam hatinya terkejut dengan perbuatan lelaki tadi. Kemudian Pak Sheikh meneruskan solatnya. Selepas solat dia melihat ada beberapa lelaki melilau keluar masuk masjid seperti mencari barang hilang.
“Cari apa bang?”, tegur Pak sheikh kepada salah seorang lelaki tadi.
“Cari kanak-kanak hilang. Anak lelaki itu”, sambil menunjuk kepada seorang lelaki yang memakai baju petak merah dan biru. Tengok daripada raut wajahnya jelas kelihatan kerisauan kehilangan anaknya.”Anaknya tiba-tiba hilang selepas masuk dalam masjid ni.” sambung lelaki tadi.
Tiba-tiba keadaan diluar masjid menjadi bising. Pak sheikh terus berlari keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.
“Kau nak culik budak ni ya!,” laung seorang lelaki sambil memegang tangan seorang lelaki memakai kopiah putih. Tangan lelaki itu sedang memimpin seorang kanak-kanak kecil berusia lebih kurang dua tahun.
“Sabar bang! saya jumpa budak ni main atas mimbar masjid tadi.”
“Kau jangan nak tipu nanti aku bawa kau ke balai.” tegas lelaki itu.
Pak sheikh melihat lelaki berkopiah itu dan mengecamnya kerana lelaki itu mengambil wuduk bersamanya. Semasa sembahyang lelaki itu mengambil tempat dekat dengan mimbar masjid.
“Nanti dulu! Dia ni tak bersalah, dia ada sembahyang bersama saya tadi,” dengan pantas Pak Sheikh memberi penyaksiannya. Keadaan yang panas dan tegang tadi kemudiannya menjadi reda. Budak kecil itu kembali kepada bapanya. Semuanya selesai secara aman tapi sedikit kekesalan kerana masyarakat sudah menjadi fobia dengan kehilanagan anak sejak kes Nurin dulu.
Salah siapa? Jika diperhatikan kepada situasi di atas Bapanyakah? lelaki berkopiah atau lelaki garang itu tadi? Tiada jawapan yang tepat untuk disimpulkan kepada masalah itu. Pasti, masyarakat sudah mula berasa bimbang tentang keselamatannya. Mereka mula mencari salah orang lain manakala orang yang benarpun takut untuk membantu.
Keadaan ini amat merisaukan penulis kerana sejak kebelakangan ini pelbagai kes jenayah berlaku mencuri, meragut,merompak dan menculik yang banyak dilaporkan di dada akhar harian. Walaupun ada kes yang dapat ditangkap penjenayah dan ada yang belum di tangkap seperti kes Nurin. Manakala penjenayah masih bebas diluar mengancam keselamatan masyarakat namun bagi penjenayah yang telah ditangkap dan dihukum belum ada jaminan mereka tidak mengulangi perlikaku jenayahnya.
Penulis berharap kerajaan bertindak dengan segera untuk menyelesaikan masalah ini kerana pada pendapat penulis sedakat ini pihak berkuasa belum membuktikan kepada masyarakat bahawasanya kes jenayah di negara ini berkurangan dan dapat dikawal. Penulis juga bersetuju dengan tindakan PAS untuk membantah tindakan kerajaan menyambung kontrak Tan Sri Musa sebagai Ketua Polis Negara kerana KPInya amat menduka citakan malah kes-kes jenayah yang menjadi tarikan umum juga dipersoalkan seperti Kes Pembunuhan Altantuya, kes liwat Saiful, Kes Teoh dan banyak lagi. Akhir sekali penulis ingin melihat negara kita aman dan makmur. wasalam.
cayrol
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Halah.. lebih 70% penyagak ni dari negeri kelantan, negeri yg di takbir PAS.rakyat PAS lah yg menyusahkan polis2. penagih dadah, kaki disko kebanyakannya adalah org2 kelantan. org Nik najis
BalasPadamLantaklah kau nak kata apa tanpa nama oiii.. Pengecut tanpa nama macam kau ni layak dapat penyepak je sebijik...
BalasPadamTak payah nak provoke lah... pembaca kat sini semua dah bijak pandai menilai mana yg baik, mana yg buruk. Bukan mcm ekau... mulut busuk geng Parpukari. Bulan posa pun buat fitnah 7 mencarut.
Ekau baru balik dr melawat tapak kuil ke?? Patutlah iman dah tak tahu ke mana. Dah tukar jadi pengunjung kuil gak ke? Eloklah... join geng Lord Murujib ekau tu.