Isnin, September 28, 2009
Gobalakrisnan Ditahan Polis | Nizar News
Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan ditahan polis pagi tadi apabila beliau tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk sebutan kes beliau menghalang polis menjalankan tugas pada hari penamaan calon DUN Permatang Pasir hujung Ogos lalu.
Adalah difahamkan Gobala dibawa ke Balai Polis Perda. Polis belum memberi sebarang penjelasan kenapa Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu ditahan.
Gobala sebelum ini dikasari oleh polis sewaktu penamaan calon Permatang Pasir. Beliau mendakwa polis memijak bahu dan belakang badan sebelum seluarnya dilondehkan dan tangannya digari.
Polis pula mendakwa Gobala menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas dan sebutan kes atas pertuduhn itu di tetapkan hari ini di mahkamah.
Masih belum dikenal pasti samada penangkapan Gobala mempunyai hubung kait dengan cubaan untuk mengekang beliau daripada berkempen pada pilihanraya kecil Bgan Pinang di Negeri Sembilan. Penamaan calon ditetapkan pada 3 Oktober dan hari mengundi 11 Oktober.
Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi berdaftar dengan 2,834 orang merangkumi pengundi kaum India.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional .
tva
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Baguih la tu. Tindakan itu akan menjadikan pengundi India di Bagan Pinang makin membenci UMNOBN.
BalasPadamUMNOBN,PDRM,SPR DAN SPRM adalah ibarat irama dan lagu, jika rosak irama maka rosaklah lagu.
Lagi ramai depa tangkap lagi cepat UMNOBN melingkup