Jumaat, September 25, 2009
Jenazah Noordin Top tiba 1 Okt | Nizar News
Jenazah Noordin Mohd Top, penjenayah paling dikehendaki yang ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa
Tengah pada 17 Sept akan dibawa ke Malaysia pada 1 Okt.
Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri berkata jenazah Noordin akan dituntut pada Khamis depan dan polis Indonesia sudah pun menerima wakil daripada Polis Diraja Malaysia berkaitan urusan mengambil jenazah itu.
"Khamis nanti baru diambil (jenazah itu)," katanya seperti dipetik media massa dalam talian di Jakarta hari ini.
Beliau berkata jenazah pengganas yang diburu oleh polis Indonesia selama sembilan tahun itu, yang kini ditempatkan di Hospital Polis Kramat Jati di Jakarta tidak diberikan sebarang kawalan keselamatan yang luar biasa dan ketika dibawa keluar juga nanti tidak akan dikawal secara khusus.
Semalam tiga anggota polis Malaysia dilaporkan telah pergi ke Hospital Polri dengan diiringi para pegawai polis Indonesia, namun mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media massa.
Bernama difahamkan tiada anggota keluarga Noordin dari Johor yang akan datang ke sini untuk menuntut mayat lelaki itu walaupun media massa tempatan melaporkan bahawa isteri dan abang Noordin akan ke sini pada 27 Sept.
Noordin dan tiga rakan pengganasnya rakyat Indonesia mati dalam serbuan polis itu yang melibatkan berbalas-balas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 200 kilogram bahan letupan, beberapa senjata lain, komputer riba dan
dokumen.
Pengebumian seorang daripada pengganas tempatan itu dilaporkan menimbulkan masalah apabila sebilangan besar penduduk di kampung keluarganya menolak jika mayat itu mahu disemadikan di situ kerana tidak mahu nama kampung mereka dicemarkan dan dikaitkan dengan pengganas. BERNAMA
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...